Perkampungan Sains Dan Teknologi Hijau Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2013
BELAGA, SARAWAK - Program Perkampungan Sains 2013 dirangka bagi memberi tumpuan kepada masyarakat luar bandar terutama pelajar-pelajar sekolah yang kurang berkemampuan bagi mempelajari sains dan teknologi hijau melalui aktiviti-aktiviti interaktif dan Hands On. Program khidmat masyarakat ini juga...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/33300/ http://eprints.usm.my/33300/1/Perkampungan_Sains_Dan_Teknologi_Hijau_Peringkat_Negeri_Sarawak_Tahun_2013.pdf |
| Summary: | BELAGA, SARAWAK - Program Perkampungan Sains 2013 dirangka bagi memberi tumpuan kepada masyarakat luar
bandar terutama pelajar-pelajar sekolah yang kurang berkemampuan bagi mempelajari sains dan teknologi hijau
melalui aktiviti-aktiviti interaktif dan Hands On. Program khidmat masyarakat ini juga bertujuan membina satu
masyarakat berbudaya sains dan berteknologi hijau ke arah budaya yang menyokong perubahan positif melalui
suasana dan persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk mengembangkan inovasi, penciptaan dan kelestarian
untuk hari esok.
Program ini merupakan hasil usahasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan
Teknologi Hijau (CETREE>) bersama Unit Jangkau Luar, Pusat Sains Negara (PSN) dalam mewujudkan modul
program pendidikan bertemakan Teknologi Hijau. Pelaksanaannya telah dijalankan di Uma Juman, Sungai Asap,
Belaga, Sarawak pada pertengahan bulaN Jun 2013 melibatkan kehadiran seramai 100 orang pelajar dari SMK Bakun
dan SMK Belaga. Tidak ketinggalan, sebahagian komuniti Uma Juman, Sungai Asap juga terlibat sama dalam aktivitiaktiviti
sampingan yang disusun sepanjang perjalanan Program Perkampungan Sains ini. Tempoh selama 4 hari 3
malam telah berjaya menarik minat para peserta yang mengambil bahagian. Ini dapat dilihat melalui skill kemahiran
kreatif dan inovatif yang ditonjolkan dalam tugasan-tugasan yang diberi.
Antara pengisian program yang disusun merangkumi sesi penerangan mengenai sektor-sektor bidang Teknologi
Hijau bertujuan memberi gambaran serta hubungkait dalam kehidupan seharian, Aktiviti 3R - peserta diminta
menghasilkan kincir angin dan kincir air menggunakan gabungan bahan-bahan terpakai, Aktiviti Kecekapan Tenaga –
aktiviti yang berkait dengan penyambungan litar ringkas dan panduan mengenai kecekapan tenaga, Aktiviti
bangunan Hijau – pembinaan bangunan yang berciri-cirikan smart building, Kenderaan Lestari – merekacipta sebuah
kenderaan bergerak menggunkaan daya elastik (getah),Aktiviti Xplorerace – berupa aktiviti treasure hunt dimana
pembelajaran sains dan teknologi hijau dipelajari semasa berada di stesen checkpoint yang ditempatkan di seluruh
kawasan Uma Juman, Persembahan peserta – menggabungkan semua sektor - sektor teknologi hijau yang telah
dipelajari dan diterjemahkan dalam satu model bandar Teknologi Hijau dan dipersembahkan.
Kesimpulannya, program yang telah dijalankan memberi impak yang besar kepada peserta dalam menghayati dan
menghargai bidang Sains dan Teknologi Hijau. Secara tidak langsung ia memberi pemahaman dalam
menghubungkait dengan fenomena yang berlaku di sekeliling mereka. |
|---|