Penempatan Baru Pusat Pendidikan Dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga Dan Teknologi Hijau (Cetree&Gt)
MINDEN, Januari 2016 – Hampir enam belas (16) tahun, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>) telah beroperasi di bangunan Kompleks EUREKA, USAINS Holding SDN. BHD., Universiti Sains Malaysia (USM). Pelbagai suka duka kejayaan dan hala...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/33255/ http://eprints.usm.my/33255/1/PENEMPATAN_BARU_PUSAT_PENDIDIKAN_DAN_LATIHAN_TENAGA_BOLEH_BAHARU%2C_KECEKAPAN_TENAGA_DAN_TEKNOLOGI_HIJAU_%28CETREE%26GT%29.pdf |
| Summary: | MINDEN, Januari 2016 – Hampir enam belas (16) tahun, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh
Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>) telah beroperasi di bangunan Kompleks
EUREKA, USAINS Holding SDN. BHD., Universiti Sains Malaysia (USM). Pelbagai suka duka kejayaan
dan halangan ditempuhi sepanjang perjalan penubuhan CETREE> sehingga kini. Dengan berteraskan
kepakaran memberi latihan, pendidikan dan kesedaran berkaitan Teknologi Hijau kepada seluruh penduduk
di Malaysia bermula daripada golongan masyarakat, sekolah, universiti dan profesional.
Pada asal penubuhan CETREE>, ia bergerak dengan bantuan pelbagai pihak antaranya Kementerian
Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Universiti Sains Malaysia (USM), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mendapatkan kepakaran dalam
merealisasikan seruan kerajaan negara Malaysia agar seluruh penduduk di Negara ini mendalami serta
menjurus kearah negara yang mengamalkan Teknologi Hijau. Kini CETREE> dikenali ke seluruh
negeri di Malaysia dengan pendedahan dan kesedaran melalui program – program yang berkaitan
Teknologi Hijau. Antaranya program kepada guru – guru sekolah di seluruh Malaysia, pameran Teknologi
Hijau di seluruh Malaysia, program bersama seluruh masyarakat di seluruh Malaysia, kerjasama dengan
Institut Pengajian Tinggi Awam serta Swasta di seluruh Malaysia dan program – program kerjasama
bersama agensi – agensi kerajaan dalam memberi kesedaran berkaitan Teknologi Hijau di seluruh
Malaysia.
Tahun 2016, USM telah menaik taraf CETREE> dengan petempatan baru secara rasmi sebagai pejabat
operasi yang baru daripada bangunan Kompleks EUREKA, USAINS Holding SDN. BHD. berpindah ke
bangunan Pusat Pemindahan Ilmu TorayUSM.
Lanjutan daripada perpindahan ini secara rasmi pada 7
Disember 2015, berikut merupakan maklumat berkaitan bangunan ini bangunan Pusat Pemindahan Ilmu
TorayUSM
dengan adanya 11 pejabat utama yang berkaitan dengan program pemindahan ilmu yang
diterajui oleh USM termasuk beberapa jaringan antarabangsa, pejabat perhubungan universiti luar negara
terutamanya dari Jepun serta program pemindahan ilmu di bawah KPT sebagai sebahagian program agenda
kritikal.
Bangunan ini menjadi bukti keutuhan dan kejayaan hubungan universitiindustri
dalam mengangkat hasil
kerja keilmuan seperti usaha penyelidikan dan inovasi serta hubungan dari pelbagai jaringan yang
dibangunkan untuk meletakkan nama universiti dan negara ini di peringkat global.
Mengulas tentang perpindahan ini, Profesor Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei menyifatkan satu
penghargaan yang paling tinggi daripada pihak universiti kepada CETREE>. “ Berikrar untuk sama –
sama memantapkan CETREE> kearah prestasi global dengan kerjasama staf yang sangat dedikasi
adalah menjadi harapan dan impian ” beliau selaku pengarah yang baru dilantik mulai bulan Januari 2016
Dalam majlis perasmian itu, Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan;
Naib Presiden Kanan Toray Industries Inc., Yukichi Deguchi; Timbalan Naib Canselor USM (Jaringan
Industri dan Masyarakat) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Perasmian, Profesor Dato’
Dr. Susie See Ching Mey; Pengarah Urusan Toray Industries (Malaysia) Sdn. Bhd., Hiroshi Yoshimura;
pegawaipegawai
utama USM serta Toray Industries. |
|---|