Pelancaran Minggu Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau SMK Ayer Keroh, Melaka

MELAKA, 4 Mac 2015 - Sempena Minggu Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau SMK Ayer Keroh, satu sesi perhimpunan pelancaran telah diadakan. Acara ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Aktiviti Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau i...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
Format: Article
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/33245/
http://eprints.usm.my/33245/1/Pelancaran_Minggu_Kecekapan_Tenaga_%26_Teknologi_Hijau_SMK_Ayer_Keroh%2C_Melaka.pdf
Description
Summary:MELAKA, 4 Mac 2015 - Sempena Minggu Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau SMK Ayer Keroh, satu sesi perhimpunan pelancaran telah diadakan. Acara ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Aktiviti Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau ini bertujuan untuk menggalakkan dan menerap budaya penggunaan tenaga secara cekap kepada warga sekolah, yang mana kesan daripada amalan penggunaan tenaga secara cekap akan dapat memulihara alam sekitar dengan pengurangan karbon yang menyebabkan pemanasan global. Program ini telah dihadiri oleh Guru Penolong Kanan, guru-guru dan pelajar-pelajar berjumlah 1100 orang. Sesi ceramah ringkas mengenai amalan kecekapan tenaga telah disampaikan oleh profesor dan kemuncak aktiviti pada pagi tersebut telah diakhiri dengan gimik pelancaran dan pantun cekap tenaga oleh pelajar sekolah serta penyampaian hadiah dan cenderamata.