Peer To Peer, SMK Tanjong Bungah
TANJUNG BUNGAH, 24 FEBRUARI 2012 – Unit Pameran Bergerak (UPB) CETREE telah mengadakan pameran Teknologi Hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bungah yang bertempat di dalam Pulau Pinang. Teknologi Hijau pada masa kini merupakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/33240/ http://eprints.usm.my/33240/1/Peer_To_Peer%2C_SMK_Tanjong_Bungah.pdf |
| Summary: | TANJUNG BUNGAH, 24 FEBRUARI 2012 – Unit Pameran Bergerak (UPB) CETREE telah mengadakan pameran
Teknologi Hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bungah yang bertempat di dalam Pulau Pinang. Teknologi
Hijau pada masa kini merupakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian.
Seramai empat orang telah terlibat menjayakan program tersebut. Antara yang turut terlibat ialah Penolong Pegawai
Penyelidik CETREE En. Syafiq Saifullah Azmi, En. Muhammad Syafiq Jasmi, En.Faizul Jusoff dan En. Muhamad Badrul
Hisham Ali Anuar sebagai fasilitator yang membantu memberi penerangan mengenai Van Teknologi Hijau serta
menjayakan aktiviti-aktiviti kepada semua guru dan pelajar yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung
Bungah.
Semasa program berlangsung, sekretariat CETREE sebagai fasilitator telah menerangkan dan memaklumkan tentang
penggunaan Van Teknologi Hijau serta melakukan demonstrasi kepada warga sekolah bagaimana Van Teknologi Hijau
berfungsi. Program dijalankan melibatkan pelajar semua kelas. Setiap kelas dianggarkan hampir dalam 45 orang murid
yang berada di SMK Tanjong Bungah.
Sememangnya kita tahu, pelajar-pelajar tidak begitu arif tentang kepentingan Teknologi Hijau. Oleh itu, Unit Pameran
Bergerak (UPB) CETREE telah menyampai dan memberikan kesedaran berkaitan Teknologi Hijau kepada pelajar-pelajar
sekolah. Pelbagai maklumat berkaitan kepentingan teknologi hijau telah disampaikan. Mudah-mudahan pelajar-pelajar
SMK Tanjong Bungah dapat mempelajari dan memanfaatkan apa yang telah disampaikan oleh fasilatator dari Unit
Pameran Bergerak CETREE. |
|---|