Mini Karnival Sains Dan Alam Sekitar 2016, Ipg Kampus Bahasa Antarabangsa
LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR, APRIL 2016 - Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu (TBB), Kecekapan Tenaga (KT) dan Teknologi Hijau (TH) CETREE>, Universiti Sains Malaysia berperanan untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciri-ciri sosial komuniti yang posi...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/33238/ http://eprints.usm.my/33238/1/MINI_KARNIVAL_SAINS_DAN_ALAM_SEKITAR_2016%2C_IPG_KAMPUS_BAHASA_ANTARABANGSA.pdf |
| Summary: | LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR, APRIL 2016 - Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu (TBB),
Kecekapan Tenaga (KT) dan Teknologi Hijau (TH) CETREE>, Universiti Sains Malaysia berperanan untuk
meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciri-ciri sosial komuniti yang positif berkenaan
Teknologi Hijau. Ciri-ciri sosial yang positif akan memupuk sesuatu komuniti mengaplikasikan amalan Teknologi Hijau
dalam kehidupan seharian.
Isu Teknologi Hijau adalah sangat penting bagi membantu kerajaan dalam usaha bagi mendidik komuniti tersebut
menggunakan sumber tenaga yang sediada seminima yang mungkin. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi
menjimatkan penggunaan bahan api (minyak,gas dan arang batu) yang semakin susut bekalannya di Malaysia.
Malahan pula,bagi mewujudkan satu mekanisma pemindahan ilmu dan komunikasi yang strategik, maka tumpuan
yang disasarkan ialah pelajar dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai,
Kuala Lumpur untuk memahami dan memberi sokongan terhadap perancangan negara, program-program pendidikan,
latihan dan kesedaran tentang Teknologi Hijau adalah amat diperlukan.
Tujuan Mini Karnival Sains dan Alam Sekitar 2016 tersebut diadakan adalah untuk menyemai tabiat menggunakan
tenaga secara bijaksana dan berkesan. Antara aktiviti - aktiviti yang dilaksanakan sepanjang karnival berlangsung
merupakan pameran projek – projek Sains oleh pelajar – pelajar bakal guru, Sains Show daripada Pusat Sains Negara
dan Agensi Angkasa Negara. Mini Karnival Sains berlangsung selama sehari dan ia diserikan lagi dengan kehadiran
Puan Hajjah Rohana Binti Kamaruddin melawat ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE> serta
merasmikan program tersebut. Objektif utama Mini Karnival Sains ini adalah untuk menyemai amalan baik tentang
penggunaan dan amalan Teknologi Hijau di kalangan pelajar – pelajar bakal guru dan kakitangan Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. |
|---|