Memperkasa Pembudayaan Dikalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar Di Pulau Pinang
PERMATANG PAUH, 15 Ogos 2016 – Satu Karnival Sains telah berlangsung di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh yang bertemakan “Memperkasa Pembudayaan Sains Dikalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar di Pulau Pinang. Karnival yabg berlangsunga selama sehari mendapat sa...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/33190/ http://eprints.usm.my/33190/1/MEMPERKASA_PEMBUDAYAAN_DIKALANGAN_PELAJAR_SEKOLAH_LUAR_BANDAR_DI_PULAU_PINANG.pdf |
| Summary: | PERMATANG PAUH, 15 Ogos 2016 – Satu Karnival Sains telah berlangsung di Universiti
Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh yang bertemakan
“Memperkasa Pembudayaan Sains Dikalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar di Pulau Pinang.
Karnival yabg berlangsunga selama sehari mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada pelajarpelajar
universiti dan sekolahsekolah
jemputan. Program ini dirancang bagi
memupuk minat pelajar terhadap sains serta bagi membuktikan kepada mereka bahawa subjek
sains adalah subjek yang mudah dan sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian.
Objektif utama mengadakan karnival sains ini bertujuan melibatsama dan pendedahan kepada
pelajar sekolah luar bandar dalam aktiviti ceramah dan pameran sains, menyemarak dengan
membudayakan sains, teknologi dan inovasi dikalangan pelajar luar bandar kea rah penjanaan
ilmu dan kesejahteraan rakyat melalui pameran sains serta menggalakkan para pelajar luar
bandar mengambil jurusan sains dalam pembelajaran di sekolah. Pelbagai aktiviti mampu
menarik minat pelajar malah dapat mencetus idea kepada guruguru
agar dapat mengajar subjek
sains dengan lebih kreatif dan ceria. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival
berlangsung merupakan merupakan ceramah sains, pertandingan kuiz, pertandingan penyiasat
celik, pameran daripada pempamer jabatanjabatan
kerajaan seperti Institut Kimia Malaysia
Cawangan Utara, Jabatan Kimia Malaysia, Pusat Sains Negara, Kedah Bioresources
Corporation Sdn. Bhd., Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Universiti Sains Malaysia dan Unit
Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE.
Karnival Sains yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Kanan Khas
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YBhg. Datuk Mohd Zaidi Hj. Mohd Said sebagai
tetamu jemputan bagi merasmikan Karnival Sains peringkat Universiti Teknologi MARA
Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh pada hari karnival tersebut berlangsung.
Maklumbalas positif yang diterima daripada tetamu jemputan dan parapara
jemputan ke karnival
ini amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE dapat
dicapai pada masa akan datang.
Terkini |
|---|