Majlis Anugerah Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga Di Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka
AYER KEROH, 29 Julai 2016 – Majlis Anugerah Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga di Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka anjuran Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>), Universiti Sains Mala...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/33189/ http://eprints.usm.my/33189/1/MAJLIS_ANUGERAH_PROGRAM_KELESTARIAN_TENAGA_MENERUSI_AKTIVITI_AMALAN_TERBAIK_KECEKAPAN_TENAGA_DI_SEKOLAH_MENENGAH_TERPILIH_NEGERI_MELAKA.pdf |
| Summary: | AYER KEROH, 29 Julai 2016 – Majlis Anugerah Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti Amalan
Terbaik Kecekapan Tenaga di Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka anjuran Pusat Pendidikan dan
Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>), Universiti Sains
Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
(PTHM) telah berlangsung pada 28 Julai 2016 bertempat di Auditorium Seri Negeri, Melaka. Majlis ini
bertujuan untuk menyampaikan pemberian hadiah dan sijil kepada sekolah terbaik amalan cekap tenaga
sepanjang program dilaksanakan.
Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga Di Sekolah Menengah
Terpilih Negeri Melaka merupakan satu program di bawah pembiayaan Geran Program Pemindahan Ilmu
(KTP) melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).
Objektif utama Program Pemindahan Ilmu ini adalah bagi mengiktiraf dan menggalakkan pemindahan
ilmu pengetahuan melalui pertukaran idea-idea yang kreatif dan inovatif, hasil penyelidikan, pengalaman
dan kemahiran antara IPTA, organisasi penyelidikan, industri, agensi kerajaan dan masyarakat secara
meluas. Program yang melibatkan 30 buah Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka ini telah
meluas. Program yang melibatkan 30 buah Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka ini telah
dilaksanakan sepanjang tempoh 2 tahun bermula September 2014. Sekolah yang dipilih sebagai
pemenang utama pada program ini telah berjaya mencapai pengurangan kadar penjimatan tenaga
elektrik sebanyak 12.31% sepanjang program ini dilaksanakan iaitu melebihi daripada sasaran yang
ditetapkan sebanyak 5%.
Majlis Anugerah yang berlangsung pada 28 Julai 2016 itu telah memilih dan menobatkan 3 buah sekolah
menengah cekap tenaga terbaik sebagai pemenang. Pemenang utama membawa pulang hadiah berupa
wang tunai berjumlah RM 5,000.00, plak beserta sijil penyertaan. Sekolah yang telah berjaya
menempah nama sebagai pemenang bagi Anugerah Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti
Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga Di Sekolah Menengah Terpilih Negeri Melaka ialah SMK Seri
Tanjong, SMK Telok Mas dan SMK Tun Tuah.Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh
YB Datuk Wira Haji Md. Yunos Bin Husin (Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi,
Teknologi Hijau Dan Inovasi). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Haji
Kamarudin Md Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM). |
|---|