Lawatan Kerja Daripada Peserta Iacsit 2017

GELUGOR, 14 Mac 2017 International Association Of Computer Science And Information Technology (IACSIT) telah mengadakan lawatan ke TORAYUSM sebagai sebahagian aktiviti 7th International Conference on Key Engineering Materials (ICKEM 2017). Lawatan yang bermula jam 11 pagi sehingga jam 12 tengah...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
Format: Article
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/33149/
http://eprints.usm.my/33149/1/LAWATAN_KERJA_DARIPADA_PESERTA_IACSIT_2017.pdf
Description
Summary:GELUGOR, 14 Mac 2017 International Association Of Computer Science And Information Technology (IACSIT) telah mengadakan lawatan ke TORAYUSM sebagai sebahagian aktiviti 7th International Conference on Key Engineering Materials (ICKEM 2017). Lawatan yang bermula jam 11 pagi sehingga jam 12 tengah hari itu melibatkan 25 orang peserta daripada negara China dan salah seorang merupakan Timbalan Pengarah IACSIT. Lawatan yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta tentang penubuhan bangunan TORAYUSM dan aktivitiaktiviti yang dijalankan di sini. Sepanjang lawatan ke setiap aras di bangunan TORAYUSM, delegasi IACSIT turut diiringi oleh Profesor Haslan Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu TORAYUSM bersama pegawainya. LAWATAN KERJA DARIPADA PESERTA IACSIT 2017 KE CETREE CETREE merupakan salah satu destinasi yang dibawa oleh Profesor Haslan untuk membuat lawatan. CETREE diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE bagi memberikan maklumat dan penerangan ringkas berkaitan latar belakang, aktiviti, seminar dan program yang telah dijalankan serta maklumat ringkas mengenai fungsi dan objektif penubuhan CETREE kepada Universiti Sains Malaysia dan negara.