Kesedaran Pendidikan Teknologi Hijau Kepada Komuniti Dan Warga Sjkt Ladang Victoria, Padang Serai, Kedah
PADANG SERAI, Kedah, 6 Mac 2017 CETREE telah dijemput mengadakan satu pameran bergerak di SJK(T) Ladang Victoria. Program yang telah berlangsung sepanjang waktu persekolahan itu, melibatkan seluruh warga sekolah bersama ibu bapa yang turut sama memeriahkan program selama separuh hari waktu perse...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/33130/ http://eprints.usm.my/33130/1/KESEDARAN_PENDIDIKAN_TEKNOLOGI_HIJAU_KEPADA_KOMUNITI_DAN_WARGA_SJKT_LADANG_VICTORIA%2C_PADANG_SERAI%2C_KEDAH.pdf |
| Summary: | PADANG SERAI, Kedah, 6 Mac 2017 CETREE
telah dijemput mengadakan satu pameran
bergerak di SJK(T) Ladang Victoria. Program yang telah berlangsung sepanjang waktu
persekolahan itu, melibatkan seluruh warga sekolah bersama ibu bapa yang turut sama
memeriahkan program selama separuh hari waktu persekolahan.
Encik M.Loganathan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK (T) Ladang
Victoria berkata " pameran ini merupakan satu inisiatif pihak sekolah yang bertujuan memberi
kesedaran dan pendedahan kepada komuniti dan seluruh warga sekolah berkaitan pendidikan
Teknologi Hijau ".
UPB CETREE @ SJKT LADANG VICTORIA, PADANG SERAI, KEDAH
Menurut beliau lagi, pameran ini juga bertujuan memberi pendedahan tentang Teknologi hijau
kepada komuniti dan seluruh warga sekolah kawasan luar bandar seperti sekolah tersebut yang
kurang mendapat pendedahan yang sama seperti sekolah di kawasan bandar.
Semasa pameran tersebut pelbagai aktiviti seperti taklimat serta ceramah berkaitan kesedaran
Teknologi Hijau, demonstrasi kioskkiosk
Teknologi Hijau, edaran risalahrisalah
berkaitan
Kecekapan Tenaga dan pameran Unit Pameran Bergerak telah diadakan.
Menurut En. Syafiq Saifullah Azmi, pegawai CETREE USM maklumbalas yang positif telah
diperoleh daripada pihak sekolah terutamanya daripada En.D.Asokumar, Guru Besar SJK(T)
Ladang Victoria, Yang Dipertua PIBG sekolah dan seluruh warga sekolah setelah selesai
program dijalankan. |
|---|