Kem Teknologi Hijau, Peringkat Negeri Sabah 2014
LIKAS, SABAH – Kem Teknologi Hijau merupakan program anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dengan kerjasama Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>) dan Pusat Sains Negara. Kem yang bertemakan “Go Green”dira...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/33068/ http://eprints.usm.my/33068/1/KEM_TEKNOLOGI_HIJAU%2C_PERINGKAT_NEGERI_SABAH_2014.pdf |
| Summary: | LIKAS, SABAH – Kem Teknologi Hijau merupakan program anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air dengan kerjasama Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>) dan Pusat Sains Negara. Kem yang
bertemakan “Go Green”dirangka sebagai satu medium penyampaian teknologi hijau melalui
kaedah “handson”.
Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan 4
komponen yang berkait rapat dengan pembangunan manusia yang mana menyentuh aspekaspek
kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Ia juga menerapkan experiential learning yang
menekankan pentingnya proses pembelajaran disalurkan menerusi sesi perbincangan,
pembentangan, soal jawab, kerja berkumpulan dan membuat rumusan.
Kem Teknologi Hijau ini telah dijalankan selama empat hari bermula dari 27 Februari sehingga 2 Mac
2014 bertempat di Asrama Kinabalu, Kompleks Sukan Likas, Sabah. Tujuan kem ini dijalankan adalah
untuk memberi peluang keada pelajarpelajar
luar bandar mempelajari bidang sains dan teknologi
hijau melalui kepelbagaian aktiviti yang bersifat interaktif. Secara tidak langsung penerapkan nilainilai
murni yang baik kepada pelajar untuk menjadikan amalan Teknologi Hijau dapat diaplikasikan
dalam kehidupan mereka seharian.
Kem ini telah melibatkan seramai 100 orang pelajar yang datang dari pelbagai sekolah di sekitar
daerah Kota Marudu dan Kota Kinabalu, Sabah. Antaranya SMK Kota Marudu, SMK Langkon, SMK
Bandau, SMK Likas, SMK Benkongan, Maktab Sabah, SMK All Saints, SMK Shan Tao, SM Lok Yuk dan SM
Sanzac. Dalam masa 4 hari program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan
bagi menarik minat pelajar dalam memahami dan mempelajari ilmu berkaitan Teknologi Hijau. Ini
dapat dilihat melalui kemahiran dan idea kreatif serta kreativiti yang ditunjukkan melalui hasil bagi
setiap tugasan yang diberikan kepada mereka.
Antara pengisian program yang disusun merangkumi sesi penerangan mengenai amalan ICT hijau
dan sektorsektor
bidang Teknologi Hijau seperti aktiviti 3R, aktiviti Tenaga, aktiviti Bangunan Hijau,
aktiviti air bersih dan Xplorerace. Diakhir program, peserta diminta menggabungkan semua sektor sektor
Teknologi Hijau yang telah dipelajari dan diterjemahkan dalam satu model bandar Teknologi
Hijau dan dipersembahkan.
Kesimpulannya, kem yang telah dijalankan ini telah memberi impak yang besar kepada pelajar
dalam memahami dan menghargai sains dan Teknologi Hijau. Secara tidak langsung ia memberi
pemahaman dalam menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan fenomena yang berlaku di
sekeliling mereka pada masa kini.
Kemuncak Kem Teknologi Hijau Negeri Sabah ini diakhiri dengan Pelancaran Yayasan Hijau (YaHijau)
yang dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana
Menteri Malaysia,. Turut hadir sama adalah Ketua Menteri Sabah, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa
Haji Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Y.B.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),
dan Prof. Dato’ Dr. See Ching Mey, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan Industri dan
Masyarakat bersama Profesor Dr. Haslan Abu Hassan, Pengarah CETREE>. Dalam majlis tersebut
jua, pihak USM telah meterai Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau dan Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi memperhebat program kesedaran awam mengenai bidang Teknologi
Hijau di negara ini. |
|---|