Karnival Kebitaraan Sains Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2015
PENGKALAN CHEPA, 1 Jun 2015 Buat julung – julung kalinya Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 1 dengan kerjasama CETREE>, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Karnival Kebitaraan Sains Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2015. Karnival yang berlangsung selama 3 hari meliba...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/32995/ http://eprints.usm.my/32995/1/KARNIVAL_KEBITARAAN_SAINS_SEKOLAH_KLUSTER_KECEMERLANGAN_PERINGKAT_KEBANGSAAN_2015.pdf |
| Summary: | PENGKALAN CHEPA, 1 Jun 2015 Buat
julung – julung kalinya Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 1 dengan
kerjasama CETREE>, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Karnival Kebitaraan Sains Sekolah Kluster
Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2015. Karnival yang berlangsung selama 3 hari melibatkan sekolah sekolah
Kluster daripada negeri – negeri yang berlainan. Antaranya ialah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Karnival ini juga memperkenal pertandingan model Eureka Beach House sebagai pertandingan yang paling utama.
Disamping itu juga, ia diselitkan dengan lawatan ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE> ( lori ).
Karnival ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar pelajar
dan guru – guru yang terlibat.
Antara pengisian karnival tersebut adalah sesi pembinaan model Eureka Beach House, sesi pembinaan Power Point
dan sesi persembahan Power Point. Karnival ini bertujuan untuk melahirkan arkitek muda, berkomunikasi, mempupuk
kesedaran dan minat yang mendalam bagi pelajar pelajar
terhadap peranan dan tanggungjawab diri dalam menjaga
bumi kita. Karnival yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 1 ini dengan kerjasama
CETREE>, Universiti Sains Malaysia bertujuan untuk menunjukkan sikap bekerjasama dan dapat berinteraksi
dengan aktif dalam kalangan murid sekolah, disamping itu murid dapat menyuarakan pendapat dan mencungkil bakat
mereka serta dapat mengaplikasikan amalan Tenaga Boleh Baharu sebagai sumber alternatif dalam kehidupan harian
mereka.
Karnival Kebitaraan Sains Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2015 ini diserikan lagi dengan
kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, Tn Hj. Che Ab. Aziz bin Hj. Daud sebagai tetamu kehormat bagi
melaksanakan upacara majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar – pelajar yang
terlibat dalam karnival tersebut. |
|---|