Jaringan Kerjasama Pintar Antara Sekolah Berprestasi Tinggi Dan Cetree
MINDEN, 8 DISEMBER 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dikunjungi oleh rombongan guru guru daripada Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah yang merupakan sekolah berprestasi tinggi. Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/32990/ http://eprints.usm.my/32990/1/JARINGAN_KERJASAMA_PINTAR_ANTARA_SEKOLAH_BERPRESTASI_TINGGI_DAN_CETREE.pdf |
| Summary: | MINDEN, 8 DISEMBER 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan
Teknologi Hijau (CETREE) dikunjungi oleh rombongan guru guru
daripada Sekolah Kebangsaan Air Merah,
Kulim, Kedah yang merupakan sekolah berprestasi tinggi.
Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja dan jalinan kerjasama di antara sekolah dan CETREE yang
bermula pada tahun 2015 yang diketuai oleh Puan Kwon Kioew dan 4 orang guru Sains dan Matematik
sekolah. Objektif utama lawatan tersebut bertujuan untuk bekerjasama dalam meningkatkan pengetahuan
tentang Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau dikalangan pelajar, guru dan
masyarakat serta memahami peranan CETREE dalam pendidikan yang berkonsepkan Teknologi Hijau
(Kecekapan Tenaga) dalam kehidupan seharian.
Di samping itu juga, lawatan tersebut dapat memperkaya pengalaman, ilmu pengetahuan mengenai
pengurusan, pentadbiran, bertukar idea, kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang diantara sekolah dan
CETREE bagi jangkamasa yang akan datang.
Slot pengisian program telah ditetapkan sepanjang lawatan tersebut dengan sesi taklimat serta sesi soal
jawab guru – guru bersama Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CETREE dan Encik Mohd
Sukri Shafie, Pegawai Penyeldik Kanan, CETREE. Maklumbalas positif yang diterima daripada guruguru
amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE dapat dicapai pada
masa akan datang. |
|---|