Jaringan Kerjasama Cetree&Gt Bersama - Sama Agensi Dibawah Mosti Dalam Membudayakan Sains, Teknologi Dan Inovasi
BALING, 10 Mei 2016- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan satu program pembudayaan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) ke SMK Kuala Pegang, Baling, Kedah yang dikenali sebagai Program Innospace. Program ini merupakan kerjasama agensi – agensi dibawah MOSTI serta rakan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/32989/ http://eprints.usm.my/32989/1/JARINGAN_KERJASAMA_CETREE%26GT_BERSAMA_-_SAMA_AGENSI_DIBAWAH_MOSTI_DALAM_MEMBUDAYAKAN_SAINS%2C_TEKNOLOGI_DAN_INOVASI.pdf |
| Summary: | BALING, 10 Mei 2016- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan satu program
pembudayaan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) ke SMK Kuala Pegang, Baling, Kedah yang dikenali sebagai Program
Innospace. Program ini merupakan kerjasama agensi – agensi dibawah MOSTI serta rakan inovasi seperti USM dan
CETREE>. Innospace merupakan gabungan perkataan “Innovation” dan “Space” yang membawa maksud “tempat
untuk berinovasi”. Konsep program ini dilihat selari dengan matlamat teras yang telah digariskan dalam Dasar Sains dan
Teknologi Negara (DSTIN); yang bertujuan untuk memberi kesedaran, membudayakan serta menggalakkan
pembelajaran STI di pelbagai peringkat masyarakat. Program dan aktiviti yang berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2016
mampu mewujudkan budaya pemikiran sainstifik, kreatif dan inovatif di kalangan rakyat Malaysia. Pelaksanaan
program ini dilihat penting bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Program ini melibat penyertaan dikalangan seluruh warga sekolah dan
komuniti di kawasan Kuala Pegang, Baling, Kedah.
Program yang berlangsung selama dua hari, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar –
pelajar dan masyarakat komuniti yang hadir ke program tersebut. Pelbagai pengisian program dan jemputan pameran
yang telah dirancang
berjalan dengan jayanya sepanjang program tersebut berlangsung. Antara agensi kerajaan yang turut sama
memeriahkan program tersebut adalah seperti Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau, Pusat Pendidikan dan Latihan
Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>), Jabatan Meteorologi Malaysia, Agensi
Nuklear Malaysia, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Yayasan Angkasawan Negara dan Pusat Sains Negara. |
|---|