Cetree&Gt Membantu Kettha Mempromosikan Kempen " Green Is A Lifestyle "
PUTRAJAYA, 2 Jun 2016 - Satu majlis pelancaran kempen yang bertemakan “ Green Is A Lifestyle ” telah berlansung dengan jayanya di Taman Botani, Putrajaya. Kempen ini melibatkan penyertaan dikalangan seluruh warga penduduk Putrajaya serta yang bekerja disekitar kawasan Putrajaya. Kempen ini merupa...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/32986/ http://eprints.usm.my/32986/1/CETREE%26GT_MEMBANTU_KeTTHA_MEMPROMOSIKAN_KEMPEN___GREEN_IS_A_LIFESTYLE__.pdf |
| Summary: | PUTRAJAYA, 2 Jun 2016 - Satu majlis pelancaran kempen yang bertemakan “ Green Is A Lifestyle ” telah
berlansung dengan jayanya di Taman Botani, Putrajaya. Kempen ini melibatkan penyertaan dikalangan
seluruh warga penduduk Putrajaya serta yang bekerja disekitar kawasan Putrajaya. Kempen ini
merupakan salah satu usaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bersama dengan
agensi – agensi di bawah KeTTHA iaitu Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga
Lestari Malaysia (SEDA Malaysia). Kempen ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan
meningkatkan kesedaran rakyat mengenai pembangunan pertumbuhan hijau dan gaya hidup hijau
terutamanya dalam tenaga lestari, penjimatan penggunaan elektrik, dan air serta pelaksanaan amalan
kitar semula.
Kempen yang berlangsung selama sehari, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada
pengunjung – pengunjung yang hadir ke program tersebut. Pelbagai pengisian aktiviti hands-on (kereta
solar dan bot solar) bersama – sama pelajar sekolah menengah di sekitar kawasan Putrajaya dan
jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya sepanjang program tersebut
berlangsung. Antara agensi kerajaan yang turut sama memeriahkan kempen tersebut adalah seperti Unit
Pameran Bergerak Teknologi Hijau, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan
Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>), Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Pembangunan
Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia), Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), Yayasan
Hijau Malaysia (YaHijau), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bekalan Air (JBA) , Jabatan
Hijau Malaysia (YaHijau), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bekalan Air (JBA) , Jabatan
Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water
Konsortium Sdn Bhd
Kempen “ Green Is A Lifestyle ” diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr.
Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebagai perasmi bagi majlis
pelancaran Kempen “ Green Is A Lifestyle ” yang berlangsung di Taman Botani, Putrajaya.
Terkini |
|---|