Belajarlah dari kejayaan usahawan dan inovator maklumat (Learn from successful information entrepreneurs and innovators)
Ciptaan moden seperti enjin pencarian maklumat (search engine), telefon pintar (smart phone), tablet dan sebagainya telah membawa bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terus berkembang pesat bagi memudahkan maklumat sampai ke pengguna tanpa mengira sempadan negara sehingga ke hari ini. H...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Perpustakaan Hamzah Sendut
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/28170/ http://eprints.usm.my/28170/1/MUHA_JENDELA2.pdf |
| Summary: | Ciptaan moden seperti enjin pencarian maklumat (search engine), telefon pintar (smart phone),
tablet dan sebagainya telah membawa bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terus
berkembang pesat bagi memudahkan maklumat sampai ke pengguna tanpa mengira sempadan negara
sehingga ke hari ini. Hal ini telah menimbulkan arus ledakan globalisasi teknologi maklumat di seluruh
dunia. Sedar atau tidak, arus ledakan ini sebenarnya telah disuntik oleh sekumpulan professional yang
dikenali sebagai “usahawan maklumat” dan “inovator maklumat”.
Siapakah “usahawan maklumat” dan “inovator maklumat” ini? Merujuk buku “Becoming a
successful intrapreneur: A practical guide to creating an innovative information service” Pantry, S., &
Griffiths, P. (1998), usahawan maklumat ditakrif sebagai individu yang mempunyai kombinasi kepakaran
untuk menyelesaikan masalah perolehan maklumat berupaya menarik perhatian pengguna untuk
mendapatkan kepakaran tersebut walaupun ia berbayar: atau dengan lain perkataan, individu yang pakar
dalam menyediakan sesuatu perkhidmatan atau produk dalam bidang berkaitan membekalkan akses
kepada maklumat. |
|---|