Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien

Kewujudan syair, khususnya di Brunei Darussalam adalah khazanah yang sangat bernilai kepada masyarakat Melayu Brunei. Sebagai sebuah wadah puisi Melayu tradisional yang sarat dengan falsafah dan pemikiran sudah tidak syak lagi bahawa naratif syair mengandungi kata-kata konsep yang secara langs...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Metussin, Mohammad Shahrin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99438/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99438/1/FBMK%202020%2050%20UPMIR.pdf
_version_ 1848863131404599296
author Metussin, Mohammad Shahrin
author_facet Metussin, Mohammad Shahrin
author_sort Metussin, Mohammad Shahrin
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Kewujudan syair, khususnya di Brunei Darussalam adalah khazanah yang sangat bernilai kepada masyarakat Melayu Brunei. Sebagai sebuah wadah puisi Melayu tradisional yang sarat dengan falsafah dan pemikiran sudah tidak syak lagi bahawa naratif syair mengandungi kata-kata konsep yang secara langsung berhubungan dengan alam Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menumpukan pengkajian makna dan hubungannya dengan pandangan alam Islam terhadap kata-kata konsep berkaitan alam Islam yang terkandung dalam syair-syair terpilih Muda Omar’Ali Saifuddien. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair MOAS. Menganalisis makna struktur dalam kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair MOAS, dan merumuskan kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair MOAS. Data kajian pula terdiri daripada lima buah karya syair nukilan Muda Omar ’Ali Saifuddien, iaitu; Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Kenangan, dan Rampaian Laila Syair. Kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis tekstual dilakukan dengan memberikan huraian secara deskriptif. Analisis makna dasar dan makna perkaitan dilakukan terhadap kata-kata konsep yang terkandung dalam rangkap-rangkap syair tertentu berdasarkan teori Semantik Struktural (Toshihiko Izutsu, 1959,1964). Manakala untuk merumuskan pandangan alam semesta (weltanschauung) pula menenerapkan pendekatan kerangka Pandangan Alam Islam Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1995 & 2015). Teori Semantik Struktural yang dikembangkan Izutsu menjelaskan bahawa dalam memahami kesepaduan konsep, perlu memahami makna setiap konsep dalam perspektif makna “asasi” (basic) dan “perkaitan” (relational). Pendekatan semantik tidak hanya menjelaskan makna secara harafiah namun lebih penting dari itu adalah mengungkapkan keseluruhan pengalaman budaya sebagai konsepsi penyair yang dikenali Izutsu sebagai Weltanschauung semantik Budaya melalui analitik rekonstruksi pada tahap analitik struktur. Dapatan kajian melalui analisis makna asasi dan makna perkaitan bagi setiap kata konsep dan istilah-istilah konsep yang melingkungi empat kata konsep utama sebagai pandangan alam syair, memperlihatkan bahawa terdapat makna perkaitan yang saling berhubung kait antara satu konsep dengan konsep yang lain. Akhirnya, pengkaji mendapati bahawa teori semantik struktutral (Izutsu) ini dapat mengungkapkan makna kata-kata konsep berkaitan pandangan alam yang terdiri daripada kata konsep tauhid, ilmu, adil dan adab menyerlahkan aspek pandangan alam Islam berasaskan karya syair. Tegasnya, setiap kata-kata konsep sebuah pandangan alam (weltanschauung), secara timbal-balik mewujudkan kata-kata konsep yang penuh pentafsiran makna berdasarkan lingkungan pengalaman konteks budaya. Sehubungan itu, dapatan kajian berdasarkan karya-karya syair MOAS jelas terbukti bahawa konsep tauhid dan ilmu disamping penyemaian adab dan adil berperanan sebagai nilai teras yang terdapat dalam pandangan alam Islam dan perlu ditanamkan dalam setiap manusia. Kelima-lima buah syair MOAS yang dikaji ini mengandungi unsur makna dan pandangan alam Islam sejajar dengan falsafah MIB. Kepentingan Ilmu dan keagungan Allah berlandaskan tauhid yang berteraskan Islam merupakan unsur yang dominan bagi kata konsep yang dijelmakan penyair MOAS. Selanjutnya struktur pandangan alam Islam berasaskan karya Syair MOAS menunjukkan bahawa ciri-ciri alam Islam jelas terpancar dan disedari kewujudannya melalui kata konsep dan istilah-istilah Islam sebagai penjelasan penstrukturan makna dan pandangan alam Islam terhadap konsep tauhid, ilmu, adil dan adab menjadi bukti terdapatnya lingkungan jalinan perkaitan makna dalam setiap kata konsep.
first_indexed 2025-11-15T13:28:02Z
format Thesis
id upm-99438
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T13:28:02Z
publishDate 2019
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-994382023-04-11T00:53:51Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99438/ Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien Metussin, Mohammad Shahrin Kewujudan syair, khususnya di Brunei Darussalam adalah khazanah yang sangat bernilai kepada masyarakat Melayu Brunei. Sebagai sebuah wadah puisi Melayu tradisional yang sarat dengan falsafah dan pemikiran sudah tidak syak lagi bahawa naratif syair mengandungi kata-kata konsep yang secara langsung berhubungan dengan alam Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menumpukan pengkajian makna dan hubungannya dengan pandangan alam Islam terhadap kata-kata konsep berkaitan alam Islam yang terkandung dalam syair-syair terpilih Muda Omar’Ali Saifuddien. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair MOAS. Menganalisis makna struktur dalam kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair MOAS, dan merumuskan kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair MOAS. Data kajian pula terdiri daripada lima buah karya syair nukilan Muda Omar ’Ali Saifuddien, iaitu; Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Kenangan, dan Rampaian Laila Syair. Kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis tekstual dilakukan dengan memberikan huraian secara deskriptif. Analisis makna dasar dan makna perkaitan dilakukan terhadap kata-kata konsep yang terkandung dalam rangkap-rangkap syair tertentu berdasarkan teori Semantik Struktural (Toshihiko Izutsu, 1959,1964). Manakala untuk merumuskan pandangan alam semesta (weltanschauung) pula menenerapkan pendekatan kerangka Pandangan Alam Islam Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1995 & 2015). Teori Semantik Struktural yang dikembangkan Izutsu menjelaskan bahawa dalam memahami kesepaduan konsep, perlu memahami makna setiap konsep dalam perspektif makna “asasi” (basic) dan “perkaitan” (relational). Pendekatan semantik tidak hanya menjelaskan makna secara harafiah namun lebih penting dari itu adalah mengungkapkan keseluruhan pengalaman budaya sebagai konsepsi penyair yang dikenali Izutsu sebagai Weltanschauung semantik Budaya melalui analitik rekonstruksi pada tahap analitik struktur. Dapatan kajian melalui analisis makna asasi dan makna perkaitan bagi setiap kata konsep dan istilah-istilah konsep yang melingkungi empat kata konsep utama sebagai pandangan alam syair, memperlihatkan bahawa terdapat makna perkaitan yang saling berhubung kait antara satu konsep dengan konsep yang lain. Akhirnya, pengkaji mendapati bahawa teori semantik struktutral (Izutsu) ini dapat mengungkapkan makna kata-kata konsep berkaitan pandangan alam yang terdiri daripada kata konsep tauhid, ilmu, adil dan adab menyerlahkan aspek pandangan alam Islam berasaskan karya syair. Tegasnya, setiap kata-kata konsep sebuah pandangan alam (weltanschauung), secara timbal-balik mewujudkan kata-kata konsep yang penuh pentafsiran makna berdasarkan lingkungan pengalaman konteks budaya. Sehubungan itu, dapatan kajian berdasarkan karya-karya syair MOAS jelas terbukti bahawa konsep tauhid dan ilmu disamping penyemaian adab dan adil berperanan sebagai nilai teras yang terdapat dalam pandangan alam Islam dan perlu ditanamkan dalam setiap manusia. Kelima-lima buah syair MOAS yang dikaji ini mengandungi unsur makna dan pandangan alam Islam sejajar dengan falsafah MIB. Kepentingan Ilmu dan keagungan Allah berlandaskan tauhid yang berteraskan Islam merupakan unsur yang dominan bagi kata konsep yang dijelmakan penyair MOAS. Selanjutnya struktur pandangan alam Islam berasaskan karya Syair MOAS menunjukkan bahawa ciri-ciri alam Islam jelas terpancar dan disedari kewujudannya melalui kata konsep dan istilah-istilah Islam sebagai penjelasan penstrukturan makna dan pandangan alam Islam terhadap konsep tauhid, ilmu, adil dan adab menjadi bukti terdapatnya lingkungan jalinan perkaitan makna dalam setiap kata konsep. 2019-11 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99438/1/FBMK%202020%2050%20UPMIR.pdf Metussin, Mohammad Shahrin (2019) Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Omar Ali Saifuddin III, Haji, Sultan of Brunei, 1914-1986 -Criticism and interpretation Malay poetry - History and criticism. - Brunei Islam in literature
spellingShingle Omar Ali Saifuddin III, Haji, Sultan of Brunei, 1914-1986 -Criticism and interpretation
Malay poetry - History and criticism. - Brunei
Islam in literature
Metussin, Mohammad Shahrin
Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien
title Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien
title_full Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien
title_fullStr Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien
title_full_unstemmed Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien
title_short Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien
title_sort kata konsep berkaitan alam islam dalam syair terpilih muda omar ali saifuddien
topic Omar Ali Saifuddin III, Haji, Sultan of Brunei, 1914-1986 -Criticism and interpretation
Malay poetry - History and criticism. - Brunei
Islam in literature
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99438/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99438/1/FBMK%202020%2050%20UPMIR.pdf