Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia

Intim profesional di tempat kerja (IPDTK) adalah suatu fenomena yang sering berlaku dalam suasana kerja yang mana seringkali ditafsirkan dengan perspektif negatif. Namun, konsep berkenaan perhubungan ini mepunyai pelbagai perspektif yang dinamik yang mana kajian ini cuba merungkai pemasalahan ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Md Faridz
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99226/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99226/1/IPSAS%202021%201%20IR.pdf
_version_ 1848863075064610816
author Ismail, Md Faridz
author_facet Ismail, Md Faridz
author_sort Ismail, Md Faridz
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Intim profesional di tempat kerja (IPDTK) adalah suatu fenomena yang sering berlaku dalam suasana kerja yang mana seringkali ditafsirkan dengan perspektif negatif. Namun, konsep berkenaan perhubungan ini mepunyai pelbagai perspektif yang dinamik yang mana kajian ini cuba merungkai pemasalahan ini. Justeru, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif fenomenologi ini dengan menggunakan rekabentuk kajian temubual secara mendalam dengan informan yang terdiri daripada 13 orang belia muslim professional yang dipilih dengan teknik persempelan bertujuan untuk mendapatkan jawapan. Ini bagi mencapai objektif kajian iaitu; (1) untuk mendapatkan makna dinamika IPDTK perspektif belia muslim, (2) untuk memahami IPDTK yang berlaku dalam kalangan belia muslim, (3) untuk mengetahui kesan IPDTK kepada Pembangunan Belia Positif (PYD) dan (4) untuk mengetahui cara belia muslim menyantuni IPDTK. Hasil kajian daripada objektif pertama mendapati bahawa makna dinamika IPDTK berdasarkan magnitud yang merupakan tiga tema kategori iaitu hubungan keserakanan, hubungan intim profesional dan hubungan intim peribadi yang merangkumi sembilan subtema. Hasil kajian daripada objektif kedua pula mendapati bahawa IPDTK yang berlaku dalam kalangan belia muslim merupakan suatu proses yang panjang melibatkan hubungan interpersonal antara individu yang mana terdiri daripada tiga kategori tema iaitu berkenal-kenalan (taaruf), faham-memahami (tafahum) dan tolong-menolong (takaful) yang merangkumi 13 subtema. Berdasarkan objektif kajian ketiga pula dapat difahami bahawa IPDTK memberi kesan positif terhadap PYD yang mana merangkumi lima tema iaitu berkeyakinan, berkebolehan, keterikatan, berkeperibadian dan penyayang yang merangkumi sembilan subtema. Manakala hasil kajian terakhir untuk objektif kajian keempat didapati bahawa belia muslim menyantuni IPDTK dengan berpegang kepada prinsip Islam dan nilai profesional yang mana melibatkan empat kategori tema iaitu pegangan agama sebagai pendinding, menghormati jarak peribadi, sikap mengatasi intim peribadi negatif, polisi hubungan profesional antara pekerja yang merangkumi tujuh subtema. Kesimpulan daripada kajian didapati bahawa asas IPDTK mempunyai dinamika perspektif iaitu suatu hubungan yang sangat akrab namun sangat profesional yang mempunyai tiga magnitud iaitu hubungan keserakanan, intim profesional dan intim peribadi. Oleh itu, bagi kajian yang akan datang, penyelidik mencadangkan agar kajian menilai perspektif belia untuk semua kaum samaada warga tempatan dan warga asing yang mana dilakukan secara kuantitatif di Lembah Kelang bagi memahami fenomena ini secara lebih mendalam dalam perspektif Malaysia.
first_indexed 2025-11-15T13:27:09Z
format Thesis
id upm-99226
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T13:27:09Z
publishDate 2019
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-992262023-04-11T01:25:11Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99226/ Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia Ismail, Md Faridz Intim profesional di tempat kerja (IPDTK) adalah suatu fenomena yang sering berlaku dalam suasana kerja yang mana seringkali ditafsirkan dengan perspektif negatif. Namun, konsep berkenaan perhubungan ini mepunyai pelbagai perspektif yang dinamik yang mana kajian ini cuba merungkai pemasalahan ini. Justeru, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif fenomenologi ini dengan menggunakan rekabentuk kajian temubual secara mendalam dengan informan yang terdiri daripada 13 orang belia muslim professional yang dipilih dengan teknik persempelan bertujuan untuk mendapatkan jawapan. Ini bagi mencapai objektif kajian iaitu; (1) untuk mendapatkan makna dinamika IPDTK perspektif belia muslim, (2) untuk memahami IPDTK yang berlaku dalam kalangan belia muslim, (3) untuk mengetahui kesan IPDTK kepada Pembangunan Belia Positif (PYD) dan (4) untuk mengetahui cara belia muslim menyantuni IPDTK. Hasil kajian daripada objektif pertama mendapati bahawa makna dinamika IPDTK berdasarkan magnitud yang merupakan tiga tema kategori iaitu hubungan keserakanan, hubungan intim profesional dan hubungan intim peribadi yang merangkumi sembilan subtema. Hasil kajian daripada objektif kedua pula mendapati bahawa IPDTK yang berlaku dalam kalangan belia muslim merupakan suatu proses yang panjang melibatkan hubungan interpersonal antara individu yang mana terdiri daripada tiga kategori tema iaitu berkenal-kenalan (taaruf), faham-memahami (tafahum) dan tolong-menolong (takaful) yang merangkumi 13 subtema. Berdasarkan objektif kajian ketiga pula dapat difahami bahawa IPDTK memberi kesan positif terhadap PYD yang mana merangkumi lima tema iaitu berkeyakinan, berkebolehan, keterikatan, berkeperibadian dan penyayang yang merangkumi sembilan subtema. Manakala hasil kajian terakhir untuk objektif kajian keempat didapati bahawa belia muslim menyantuni IPDTK dengan berpegang kepada prinsip Islam dan nilai profesional yang mana melibatkan empat kategori tema iaitu pegangan agama sebagai pendinding, menghormati jarak peribadi, sikap mengatasi intim peribadi negatif, polisi hubungan profesional antara pekerja yang merangkumi tujuh subtema. Kesimpulan daripada kajian didapati bahawa asas IPDTK mempunyai dinamika perspektif iaitu suatu hubungan yang sangat akrab namun sangat profesional yang mempunyai tiga magnitud iaitu hubungan keserakanan, intim profesional dan intim peribadi. Oleh itu, bagi kajian yang akan datang, penyelidik mencadangkan agar kajian menilai perspektif belia untuk semua kaum samaada warga tempatan dan warga asing yang mana dilakukan secara kuantitatif di Lembah Kelang bagi memahami fenomena ini secara lebih mendalam dalam perspektif Malaysia. 2019-09 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99226/1/IPSAS%202021%201%20IR.pdf Ismail, Md Faridz (2019) Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Work environment - Research Muslim youth - Malaysia Youth workers
spellingShingle Work environment - Research
Muslim youth - Malaysia
Youth workers
Ismail, Md Faridz
Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia
title Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia
title_full Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia
title_fullStr Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia
title_full_unstemmed Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia
title_short Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia
title_sort penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di selangor, malaysia. doctoral thesis, universiti putra malaysia
topic Work environment - Research
Muslim youth - Malaysia
Youth workers
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99226/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99226/1/IPSAS%202021%201%20IR.pdf