Kesan Gantian Kecil Kation Co²⁺, AL³⁺, Ti⁴⁺ dan Sn⁴⁺ ke Atas Sifat Magnet Utama Ferit Ni₀.₂₅Cu₀.₁Zn₀.₆₅Fe₂O₄
Penggantian kation logam ke dalam struktur kekisi hablur bahan ferit memainkan peranan yang besar dalam mengubah sifat-sifat magnet bahan tersebut. Tujuan utama penyelidikan yang telah dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti jenis kation yang paling sesuai, daripada empat jenis kation iaitu Co...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English Malay |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9463/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9463/1/FSAS_2001_19.pdf |
| Summary: | Penggantian kation logam ke dalam struktur kekisi hablur bahan ferit
memainkan peranan yang besar dalam mengubah sifat-sifat magnet bahan
tersebut. Tujuan utama penyelidikan yang telah dijalankan ini adalah untuk
mengenalpasti jenis kation yang paling sesuai, daripada empat jenis kation iaitu
Co²⁺, AL³⁺, Ti⁴⁺ dan Sn⁴⁺, untuk meningkatkan kestabilan ketelapan awal terhadap
perubahan suhu bagi ferit berteraskan NiCuZn.
Empat siri sampel dalam bentuk toroid telah disediakan, masingmasingnya
melalui penggantian ion Ni²⁺ dalam ferit Ni₀.₂₅Cu₀.₁Zn₀.₆₅Fe₂O₄
dengan satu daripada kation di atas dalam julat 0.5 % sehingga 2.5 % mol.
Sampel-sampel disediakan melalui kaedah yang berasaskan tindakbalas keadaan
pepejal campuran serbuk oksida dengan saiz purata zarah ~ 1µm. Di samping
ketelapan awal, kesan ke atas faktor kehilangan dan parameter-parameter gelung
histeresis telah turut dikaji untuk melihat kesan menyeluruh penggantian ke atas sifat-sifat magnet utama bahan. Hasil kajian mendapati bahawa ion Co²⁺ dan ion
Ti⁴⁺ berjaya mengurangkan pengaruh suhu dan juga pengaruh frekuensi ke atas
ketelapan awal, di samping melebarkan julat frekuensi operasi. Namun begitu,
kedua-dua kation telah menurunkan suhu Curie dan penurunannya adalah begitu
ketara oleh ion Ti⁴⁺. |
|---|