Perkaitan antara sokongan keluarga dengan kemurungan dalam kalangan anggota Polis Jabatan Sisastan Jenayah di Selangor

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perkaitan antara sokongan sosial keluarga dengan kemurungan dalam kalangan anggota Polis Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor. Kajian ini melibatkan 336 anggota polis yang telah dipilih secara rawak sebagai respon...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Johari, Mohammad Arif, Ahmad, Sa’odah, Ismail, Zanariah
Format: Article
Published: Secholian Publication 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94550/
Description
Summary:Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perkaitan antara sokongan sosial keluarga dengan kemurungan dalam kalangan anggota Polis Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor. Kajian ini melibatkan 336 anggota polis yang telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Skala The Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) oleh Lovibond, &, Lovibond(1995) telah digunakan untuk mengukur tahap kemurungan. Sokongan sosial keluarga (emosi dan instrumental) pula telah diukur dengan menggunakan Family Support Inventory for Workersoleh King, Mattimore, King dan Adams(1995). Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara sokongan emosi (r = 0.296**, p ≤ 0.05) dan sokongan instrumental (r = 0.343**, p ≤ 0.05) dengan kemurungan responden. Kajian ini juga mendapati sokongan instrumental (β = 0.363) merupakan faktor peramal yang paling mempengaruhi kemurungan responden. Sehubungan itu, sebarang program intervensi berkaitan kemurungan dalam kalangan anggota polis haruslah memberi penekanan kepada aspek sokongan sosial keluarga kerana kajian ini telah membuktikan bahawa sokongan sosial keluarga adalah peramal kepada kemurungan.