Pemilikan dan penggunaan teknologi digital dalam kalangan kanak-kanak prasekolah: satu analisis deskriptif

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemilikan dan penggunaan teknologi digital dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia. 425 kanak-kanak prasekolah berumur antara lima hingga enam tahun telah dipilih secara rawak menggunakan teknik pelbagai peringkat, terlibat dalam kajian ini. Temu bual m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mansor, Mariani, Wahab, Rozita
Format: Article
Published: Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94510/
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemilikan dan penggunaan teknologi digital dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia. 425 kanak-kanak prasekolah berumur antara lima hingga enam tahun telah dipilih secara rawak menggunakan teknik pelbagai peringkat, terlibat dalam kajian ini. Temu bual menggunakan soal selidik berstruktur digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan pemilikan dan penggunaan peranti teknologi digital kanak-kanak. Keputusan menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak prasekolah mempunyai akses kepada peranti digital, seperti telefon pintar, tablet, komputer dan komputer riba. Kajian juga menunjukkan majoriti (84.6%) diberi akses kepada peranti digital oleh ibu bapa sebagai alat untuk bermain, supaya anakanak tidak mengganggu ibu bapa mereka, manakala hanya 17.2% untuk tujuan pembelajaran. Kajian juga mendapati penggunaan peranti teknologi digital dalam kalangan kanak-kanak prasekolah meningkat semasa cuti sekolah. Penggunaan peranti digital yang tidak terkawal dan berlebihan adalah risiko kepada perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa perlu tahu tentang kesan teknologi digital kepada anak-anak supaya langkah pencegahan dapat diambil.