Satu Perbandingan Tentang Kesan Pendekatan Model Prosa dengan Pendekatan Konvensional dalam Pengajaran Penulisan Karangan
Kajian ini cuba mendapatkan bukti tentang kesan pendekatan model prosa dalam pengajaran penulisan karangan di kalangan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk membuat perbandingan tentang kesan pendekatan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Project Paper Report |
| Language: | English Malay |
| Published: |
1999
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9180/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9180/1/FPP_1999_72_A.pdf |
| Summary: | Kajian ini cuba mendapatkan bukti tentang kesan
pendekatan model prosa dalam pengajaran penulisan karangan di
kalangan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di
Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Tujuan kajian ini dibuat
adalah untuk membuat perbandingan tentang kesan pendekatan
model prosa dengan pendekatan konvensional dalam pengajaran
penulisan karangan.
Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen. Instrumen
atau alat yang digunakan ialah markah penulisan karangan
responden dan jawapan soal selidik responden. Data-data kajian yang dikumpulkan ialah markah pencapaian penulisan karangan
semasa ujian pra, fasa latihan, dan ujian pasca. Soal selidik
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi
pelajar terhadap pengajaran penulisan karangan menggunakan
pendekatan model prosa.
Bahan-bahan tersebut dianalisis secara terperinci dan dibuat
perbandingan terhadap prestasi penulisan karangan semasa ujian
pra, fasa latihan dan ujian pasca pelajar kumpulan eksperimen
dengan pelajar kumpulan konvensional. Perbandingan dibuat
menggunakan program SPSS untuk mencari perbezaan berasaskan
Ujian t. Di samping itu, jawapan soal selidik dianalisis mengikut
taburan kekerapan dan peratusan. |
|---|