Korelasi Antara Amalan Belajar dan Pencapaian dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sarna ada wujud korelasi antara amalan belajar dengan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kumpulan pelajar Tingkatan Empat. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk menentukan tahap amalan belajar yang diamalkan oleh pelajar dalam mempelajari...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Badaruddin, Nur Hayati
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9177/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9177/1/FPP_1999_70_A.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan sarna ada wujud korelasi antara amalan belajar dengan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kumpulan pelajar Tingkatan Empat. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk menentukan tahap amalan belajar yang diamalkan oleh pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu serta perbezaan antara tahap amalan belajar berdasarkan jantina, aliran dan juga keturunan. Sampel kajian terdiri daripada 165 orang pelajar Tingkatan Empat aliran sains dan sastera. Soal selidik yang dikemukakan kepada sampel kajian merupakan enam aspek amalan belajar iaitu 'Menyediakan jadual waktu dan bahan pembelajaran, 'Mendengar,' 'Membaca,' 'Membuat latihan atau tugasan, 'Membuat persediaan untuk peperiksaan' dan 'Menghadapi peperiksaan.' Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, analisis korelasi Spearman dan ujian-t bagi menentukan sarna wujud perbezaan tahap amalan belajar. Dapatan kajian menunjukkan 64.9 peratus pelajar mendapat pangkat kepujian dan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, menggambarkan pencapaian yang sederhana. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan pelajar mengamalkan aspek-aspek amalan belajar pada tahap yang sederhana dengan min 3.S (skor antara 1 hingga 5), dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu.