Tingkah Laku Pengurusan Pengetua Wanita di Daerah Tawau dan Kaitannya dengan Keberkesanan Kepemimpinan Sekolah Menengah

Keupayaan kaum wanita untuk muncul sebagai pengurus dan pemimpin di sekolah tidak dapat dipertikaikan lagi. Kajian ini cuba melihat apakah tingkah laku pengurusan yang diamalkan oleh pengetua wanita. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti (1) tingkah laku pengurusan pengetua wani...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Samsudin, Sharifa
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9165/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9165/1/FPP_1999_57_A.pdf
Description
Summary:Keupayaan kaum wanita untuk muncul sebagai pengurus dan pemimpin di sekolah tidak dapat dipertikaikan lagi. Kajian ini cuba melihat apakah tingkah laku pengurusan yang diamalkan oleh pengetua wanita. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti (1) tingkah laku pengurusan pengetua wanita; (2) tingkah laku pengurusan pengetua wanita dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam SPM; (3) stail kepemimpinan pengetua wanita mengikut skor LPC; (4) melihat perbezaan persepsi guru mengikut jantina terhadap tingkah laku pengurusan pengetua wanita. Untuk kajian ini seramai 160 orang responden telah dipilih secara rawak daripada empat buah sekolah di daerah Tawau. Data dikutip melalui soal selidik. Analisis data adalah menggunakan pakej SPSS (Statistical Packages for the Social Science). Dapatan kajian menunjukkan tingkah laku pengurusan pengetua wanita amat menitikberatkan pencapaian matlamat yang perlu dicapai untuk kecemerhlngan sekolah. Stail kepemimpinan pengetua wanita digambarkan kurang memberi perhatian kepada pendekatan motivasi perhubungan samada dengan guru ataupun murid. Namun keberkesanan kepemimpinan pengetua wanita di daerah Tawau dapat dilihat melalui kemampuan mereka meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan SPM untuk tahun 1995 hingga 1997.