Perhubungan Antara Stail Kepemimpinan Ketua Bidang dengan Kepuasan Kerja Guru-Guru Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional
Kajian ini bertujuan untuk melihat jenis-jenis stail kepemimpinan yang digunapakai oleh Ketua Bidang - Ketua Bidang Teknik dan Vokasional di daerah Kuala Langat - Sepang dan seterusnya melihat perhubungan stail kepemimpinan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional dengan kepuasan kerja guru-guru yang...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Project Paper Report |
| Language: | English Malay |
| Published: |
1999
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9163/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9163/1/FPP_1999_55_A.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat jenis-jenis stail kepemimpinan yang
digunapakai oleh Ketua Bidang - Ketua Bidang Teknik dan Vokasional di daerah
Kuala Langat - Sepang dan seterusnya melihat perhubungan stail
kepemimpinan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional dengan kepuasan kerja
guru-guru yang mengajar mata pelajaran teknik dan vokasional di daerah Kuala
Langat - Sepang Selangor Darul Ehsan.
Seramai 9 orang Ketua Bidang Teknik dan Vokasional serta 64 orang
guru yang mengajar mata pelajaran teknik dan vokasional yang melibatkan 9
buah sekolah di seluruh daerah Kuala Langat - Sepang telah terlibat di dalam
kajian ini. Borang-borang soal selidik dari kesemua responden berkenaan
merangkumi perlatan "Job Descriptive Index (JDI)" bagi membolehkan data penting berkenaan demografi, stail kepemimpinan dan kepuasan kerja dapat
diperolehi.
Borang-borang soal selidik diedarkan dengan dua cara iaitu penghantaran
melalui pos dan pengedaran terus kepada responden. Seterusnya data-data
yang telah dikumpul diproses menggunakan "Statistical Package For The Sosial
Science (SPSS)".
Kajian ini telah menunjukkan keempat-empat corak atau stail
kepemimpinan iaitu mengarah, menyokong, partisipatif dan beroreintasikan
kejayaan tetah digunapakai oleh ketua-ketua bidang Teknik dan Vokasional di
daerah Kuala Langat - Sepang.
Dari keempat-empat stail kepemimpinan itu, stail kepemimpinan yang
bercorak beroreintasikan kejayaan adalah yang paling disukai oleh guru-guru
mata pelajaran teknik dan vokasional , diikuti oleh stail kepemimpinan bercorak
menyokong dan seterusnya stail kepemimpinan bercorak partisipatif. Manakala
stail kepemimpinan yang paling tidak disukai ialah stail kepeimpinan yang
bercorak mengarah (veto). |
|---|