Keberkesanan Modul Motivasi Terhadap Peningkatan Motivasi Pencapaian Pelajar di Beberapa Buah Sekolah Menengah Daerah Jelebu Negeri Sembilan

Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan penggunaan modul motivasi dalam meningkatkan motivasi pencapaian pelajar di beberapa buah sekolah menengah daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Teori Atkinson dan teori McC lelland (1965) dijadikan teori rujukan utama untuk kajian ini. Atkinson...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jaamat, Mohd Ali
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9154/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9154/1/FPP_1999_41_A.pdf
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan penggunaan modul motivasi dalam meningkatkan motivasi pencapaian pelajar di beberapa buah sekolah menengah daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Teori Atkinson dan teori McC lelland (1965) dijadikan teori rujukan utama untuk kajian ini. Atkinson (1966) telah menunjukkan bahawa kecenderungan untuk mencapai kejayaan adalah satu jenis motivasi yang dipelajari di mana pelajar mungkin mempunyai motif untuk mencapai kejayaan atau motif untuk mengelakkan kegagalan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah 'true experimentar ujian pra ujian pasca kumpulan kawalan rawak. Subjek kajian terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan 4 dari pada tiga buah sekolah menengah yang berlainan. Pemilihan subjek dilakukan secara rawak mudah dan kemudian menggunakan prosedur pemadanan. Subjek-subjek dibahagi kan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan . Kumpulan eksperimen dibahagikan pula kepada tiga kelompok kecil seramai 20 orang daripada setiap sebuah sekolah. Kumpulan kawalan juga adalah sama iaitu 20 orang dari pada sebuah sekolah yang dikaji. Kumpulan eksperimen telah diberikan motivasi dalaman dan luaran melalui tiga fasa menggunakan Model Kaunseling Kerjaya Bersepadu. Setiap kumpulan eksperimen dan kawalan diberikan ujian pengukuran motivasi pencapaian pada peringkat ujian pra dan ujian pasca.