Persepsi motivasi kerja pegawai polis di Negeri Melaka: Perbandingan antara Inspektor dengan Anggota Pangkat Rendah

Kajian perbandingan ini benujuan mengenalpasti persepsi motivasi kerja pegawai polis berpangkat Inspektor dan golongan Anggota Pangkat Rendah di Kontingen Polis Melaka. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A be...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ng, Chin Tien
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9141/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9141/1/FPP_1999_27%20IR.pdf
Description
Summary:Kajian perbandingan ini benujuan mengenalpasti persepsi motivasi kerja pegawai polis berpangkat Inspektor dan golongan Anggota Pangkat Rendah di Kontingen Polis Melaka. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A bertujuan memperolehi butir-butir peribadi responden. Di Bahagian B, sebanyak 14 faktor faktor motivasi kerja disenaraikan dan responden diminta memberi skor yang ditandakan dengan angka 1 (skor paling tinggi) hingga 14 (skor paling rendah) berdasarkan persepsi mereka terhadap motivasi kerja yang dihargai (dikehendaki). Di Bahagian C, responden dirninta memberi skor kepada 14 faktor motivasi yang sarna berdasarkan persepsi mereka bahawa faktor motivasi ini tersedia ada dalam psukan polis (diperolehi). Ujian statistik nonparametrik pertama yang diguna ialah Korelasi Spearman Rank. Hasil kajian mendapati Inspektor dan golongan Anggota Pangkat Rendah mempunyai persamaan yang tinggi atas kedua-dua set faktor motivasi kerja. Bagaimanapun, faktor motivasi kerja yang "diperolehi" mempunyai persamaan yang lebih tinggi daripada faktor motivasi kerja "dikehendaki". Ujian statistik nonparametrik kedua yang digunakan ialah Wilcoxon signedrank digunakan untuk mengetahui sarna ada faktor-faktor motivasi keIja yang. "dikehendaki" telah "diperolehi" ataupun sebaliknya. Hasil kajian mendapati 71 % dan 43% faktor motivasi kerja masing-masing yang dihargai oleh Inspektor dan APR telah tersedia ada dalam kerjaya PDRM. Walaupun terdapat persamaan yang tinggi atas faktor motivasi ketja yang "dikehendaki" dan "diperolehi" antara Inspektor dan APR, namun strategi untuk meningkatkan motivasi kedua-dua kumpulan pegawai ini berbeza. Inspektor didapati menghargai penugasan yang lebih pelbagai dan mencabar selain daripada ganjaran yang lebih tinggi. Bagi APR, selain daripada penugasan yang lebih mencabar, mereka juga berkeinginan menggtmakan kemahiran mereka dan melaksanakan kepiropinan dalam menjalankan tugas kepolisan. Di samping itu, APR juga berkeinginan peluang maju diri dan latihan yang lebih besar untuk tujuan meningkatkan kompetensi kerja.