Pelaksanaan dasar penerapan nilai-nilai murni di tiga agensi induk Jabatan Perdana Menteri
Tujuan utama kajian ialah untuk mengetahui serta mengenalpasti sejauhmana Pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni dalam pentadbiran di jabatan-jabatan kerajaan. Kajian ini dijalankan di tiga agensi induk jabatan Perdana Menteri. Objektif khusus kajian ialah untuk mengetahui kefahaman pegawa...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Project Paper Report |
| Language: | English Malay |
| Published: |
1998
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9070/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9070/1/FPP_1998_74%20IR.pdf |
| Summary: | Tujuan utama kajian ialah untuk mengetahui serta mengenalpasti sejauhmana
Pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni dalam pentadbiran di jabatan-jabatan
kerajaan. Kajian ini dijalankan di tiga agensi induk jabatan Perdana Menteri. Objektif
khusus kajian ialah untuk mengetahui kefahaman pegawai-pegawai kerajaan mengenai
dasar tersebut, kepentingan nilai-nilai murni dalam pentadbiran kerajaan, mengetahui
langkah-langkah pelaksanaan yang telah diambil oleh jabatan kerajaan terhadap dasar
tersebut, mengetahui amalan dasar tersebut dan mengenalpasti masalah-masalah serta
halangan utamanya. Data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan borang soal-selidik
yang diisi sendiri oleh 46 orang responden yang bertugas di tiga agensi induk Jabatan
Perdana Menteri iaitu di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Unit Perancang Ekonomi
(UPE) dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (UPTM). |
|---|