Faktor-faktor nilai, kekeluargaan dan diri serta hubunganya dengan pencapaian akademik

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor nilai, keluarga dan diri dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Responden terdiri daripada 65 pelajar Fakulti Kejuruteraan dalam Program Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dan Bacelor Kejuruteraan Awam. Pemilihan sampel adalah secara ra...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Anwar, Latif
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9035/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9035/1/FPP_1998_45%20IR.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor nilai, keluarga dan diri dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Responden terdiri daripada 65 pelajar Fakulti Kejuruteraan dalam Program Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dan Bacelor Kejuruteraan Awam. Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata dengan mengambilkira responden Bumiputra dan bukan Bumiputra. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSSWinV7.5 dan menggunakan statistik deskriptif Ujian-t dan korelasi. Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhan bilangan responden yang mempunyai cita-cita adalah tinggi (73.8%), ketaatan kepada ibubapa yang tinggi (78.5%), kesederhanaan dalam keterampilan diri yang tinggi (83.1%), latar belakang kewangan yang sederhana (75.4%) dan perhubungan kekeluargaan yang sederhana (75.4%). Walau bagaimanapun bilangan mereka mempunyai tahap pendidikan ibubapa yang rendah adalah tinggi (83.1%). Selanjutnya, kajian mendapati bahawa tiada perkaitan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan faktor nilai, keluarga dan diri. Walau bagaimanapun terdapat perkaitan positif di antara faktor nilai dengan faktor keluarga. lni menunjukkan bahawa responden mempunyai faktor nilai dan faktor kekeluargaan yang seiring.