Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sek. Ren. Keb. Cina

Objektif kajian adalah untuk meninjau persepsi guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Persepsi guru dikaji dari aspek kesediaan, pengalaman dan penglibatan dalam menggunakan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran serta kesesuaian me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Lin, Chia Ying
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9013/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9013/1/FPP_1998_28_A.pdf
Description
Summary:Objektif kajian adalah untuk meninjau persepsi guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Persepsi guru dikaji dari aspek kesediaan, pengalaman dan penglibatan dalam menggunakan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran serta kesesuaian mengguna komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada seratus dua puluh lima guru sesi pagi dari lima buah Sekolah Rendah Kebangsaan Cina. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang dibina khusus bagi tujuan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan taburan frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan mod. Hasil kajian menunjukkan guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu dicadangkan supaya pihak kementerian Pendidikan lebih proaktif dalam mendedahkan guru-guru yang sedang berkhidmat dangan latihan berasaskan komputer untuk menangani cabaran era siber pendidikan di sekolah bistari nanti.