Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010

SERDANG, 9 Dis – Produk penyelidikan Fakulti Perubatan Veterinar, Water Improver mengenai kandungan toksik (klorin) yang tinggi dalam air akuarium hingga menyebabkan kematian ikan berjaya memenangi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2010 (KIK) peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-bar...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9001/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9001/1/KIK_2010.pdf
_version_ 1848841026919202816
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description SERDANG, 9 Dis – Produk penyelidikan Fakulti Perubatan Veterinar, Water Improver mengenai kandungan toksik (klorin) yang tinggi dalam air akuarium hingga menyebabkan kematian ikan berjaya memenangi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2010 (KIK) peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini. Ketua pasukan penyelidik, Noorazira Ishak berkata produk yang dihasilkan itu mampu menghilangkan kandungan klorin dalam air paip dengan pantas dan menjimatkan. “Sebelum ini kita menghilangkan klorin dalam air paip menggunakan kaedah lama iaitu memasukan anti klorin dan selepas menunggu sehingga 30 minit barulah kita memasukkan anti amonia. Kaedah ini merumitkan dan terpaksa mengambil masa yang agak lama. “Dengan Water Improver kita hanya masukkan bahan ini dan kandungan klorin dalam kandungan air paip akan hilang dengan pantas. Paling penting bahan ini adalah selamat untuk akuakultur,” katanya. Kumpulan penyelidikan Veterinar itu turut dibantu oleh Dr. Mohd. Fuad Matori, Arifah Mohd. Riduan, Ismail Md. Shairi, Rosmaniar Mohd. Nor, Md. Nazim Razali, Saipunizam Ali, Jefri Norsidin, Mior Mohd Nizam, Narizam Sulaiman dan Fauziah Nordin. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,550 beserta sijil penghargaan. Pembukaan konvensyen dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Kualiti, Hashim Md. Shari dan hadiah telah disampai oleh Pendaftar UPM Dato’ Wan Azman Wan Omar. Naib johan dimenangi oleh kumpulan dari Taman Pertanian Universiti dengan projek Kesukaran Mengasingkan Biji Benih Jagung manakala tempat ketiga dimiliki pasukan dari Pejabat Pendaftar dengan projek Pegawai Menghadiri Latihan Tidak Releven Dengan Kemahiran Yang diperlukan. Masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,050 dan RM550 beserta sijil penghargaan. Semua pasukan yang menang layak mewakili UPM dalam Konvensyen KIK peringkat institut pengajian tinggi awam (IPTA) kali ke tujuh pada Mac 2011 yang akan diadakan di UPM selaku tuan rumah. Konvensyen yang disertai lapan penyertaan dari pelbagai jabatan dan Fakulti di UPM itu terbahagi kepada dua inovasi teknikal dan enam inovasi pengurusan dan merupakan acara tahunan anjuran Pejabat Pendaftar UPM untuk menggalakkan penciptaan inovasi baru dalam semua peringkat perkhidmatan.
first_indexed 2025-11-15T07:36:42Z
format UPM News
id upm-9001
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T07:36:42Z
publishDate 2010
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-90012013-05-27T07:40:35Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9001/ Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010 Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 9 Dis – Produk penyelidikan Fakulti Perubatan Veterinar, Water Improver mengenai kandungan toksik (klorin) yang tinggi dalam air akuarium hingga menyebabkan kematian ikan berjaya memenangi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2010 (KIK) peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini. Ketua pasukan penyelidik, Noorazira Ishak berkata produk yang dihasilkan itu mampu menghilangkan kandungan klorin dalam air paip dengan pantas dan menjimatkan. “Sebelum ini kita menghilangkan klorin dalam air paip menggunakan kaedah lama iaitu memasukan anti klorin dan selepas menunggu sehingga 30 minit barulah kita memasukkan anti amonia. Kaedah ini merumitkan dan terpaksa mengambil masa yang agak lama. “Dengan Water Improver kita hanya masukkan bahan ini dan kandungan klorin dalam kandungan air paip akan hilang dengan pantas. Paling penting bahan ini adalah selamat untuk akuakultur,” katanya. Kumpulan penyelidikan Veterinar itu turut dibantu oleh Dr. Mohd. Fuad Matori, Arifah Mohd. Riduan, Ismail Md. Shairi, Rosmaniar Mohd. Nor, Md. Nazim Razali, Saipunizam Ali, Jefri Norsidin, Mior Mohd Nizam, Narizam Sulaiman dan Fauziah Nordin. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,550 beserta sijil penghargaan. Pembukaan konvensyen dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Kualiti, Hashim Md. Shari dan hadiah telah disampai oleh Pendaftar UPM Dato’ Wan Azman Wan Omar. Naib johan dimenangi oleh kumpulan dari Taman Pertanian Universiti dengan projek Kesukaran Mengasingkan Biji Benih Jagung manakala tempat ketiga dimiliki pasukan dari Pejabat Pendaftar dengan projek Pegawai Menghadiri Latihan Tidak Releven Dengan Kemahiran Yang diperlukan. Masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,050 dan RM550 beserta sijil penghargaan. Semua pasukan yang menang layak mewakili UPM dalam Konvensyen KIK peringkat institut pengajian tinggi awam (IPTA) kali ke tujuh pada Mac 2011 yang akan diadakan di UPM selaku tuan rumah. Konvensyen yang disertai lapan penyertaan dari pelbagai jabatan dan Fakulti di UPM itu terbahagi kepada dua inovasi teknikal dan enam inovasi pengurusan dan merupakan acara tahunan anjuran Pejabat Pendaftar UPM untuk menggalakkan penciptaan inovasi baru dalam semua peringkat perkhidmatan. 2010-12-09 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9001/1/KIK_2010.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010. [UPM News] http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201012283621033301721654206
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010
title Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010
title_full Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010
title_fullStr Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010
title_full_unstemmed Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010
title_short Projek Fakulti Perubatan Veterinar Juara KIK 2010
title_sort projek fakulti perubatan veterinar juara kik 2010
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9001/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9001/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9001/1/KIK_2010.pdf