Keberkesanan khidmat sokongan pembelajaran dalam program pendidikan jarak jauh di UPM

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan khidmat sokongan dalam pendidikan jarak jauh di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan melihat kepada penggunaan khidmat sokongan secara keseluruhan, perbezaan penggunaan di antara bidang-bidang yang dikaji dan juga hubungan angkubah terpili...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Wahab, Abdul Murat
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1997
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8977/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8977/1/FPP_1997_31%20IR.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan khidmat sokongan dalam pendidikan jarak jauh di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan melihat kepada penggunaan khidmat sokongan secara keseluruhan, perbezaan penggunaan di antara bidang-bidang yang dikaji dan juga hubungan angkubah terpilih dengan pencapaian akademik. Seramai 167 orang pelajar pendidikan jarak jauh yang sedang mengikuti program Bimbingan dan Kaunseling, TESL dan Pengajaran sebagai Bahasa Pertama dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah persampelan stratifikasi rawak mudah. Pengwnpulan data menggunakan soal selidik berstruktur yang ditabdir sendiri oleh responden dengan bantuan pengkaji. Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) for MS Window Release 6.0. Secara keseluruhan, penemuan kajian mendapati tahap hubungan di antara pelajar-pelajar dengan pensyarah dan tutor adalah agak tinggi. Begitu juga hubungan pelajar dengan keluarga dan rakan-rakan juga didapati agak tinggi. Walau bagaimanapun, didapati tahap penggunaan kemudahan perpustakaan dan pusat pelajar adalah rendah. Terdapat perbezaan tahap penggunaan khidmat sokongan di antara ketiga-tiga program. Didapati bahawa tahap penggunaan khidmat sokongan pembelajaran pelajar TESL adalah lebih rendah dibandingkan dengan pelajar program Bimbingan dan Kaunseling dan PBMP. Kajian ini juga mendapati bahawa hubungan rapat di antara pelajar dengan pensyarah mempunyai kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menyimpulkan bahawa khidmat sokongan adalah penting dalam pembe1ajaran secara pendidikan jarak jauh. Hubungan di antara pelajar dengan pensyarah perIu dirancang supaya dapat memberi kesan yang lebih baik dalam pembelajaran melalui sistem ini. Dengan peningakatan kemudahan perpustakaandan pusat pelajar dapat membantu keberkesanan dalam pengajian pelajar. Akhir sekali kemudahan berkomunikasi dan kemudahan fizikal perlu dipertingkatkan lagi bagi meningkatkan keberkesanan pebelajaran melalui sistem ini.