Satu kajian kesalahan umum penggunaan Bahasa Malaysia peringkat sekolah menengah
Kajian ini telah cuba mengumpulkan data mengenai kesalahan umum penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama di kalangan pelajar-pelajar Melayu peringkat sekolah menengah atas. Kajian ini juga cuba mengumpulkan data, melalui soalselidik, mengenai cara pelajar-pelajar Melayu belajar Bahasa...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English Malay |
| Published: |
1982
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8831/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8831/1/FPP_1982_2%20IR.pdf |
| Summary: | Kajian ini telah cuba mengumpulkan data mengenai
kesalahan umum penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama
di kalangan pelajar-pelajar Melayu peringkat sekolah
menengah atas. Kajian ini juga cuba mengumpulkan data, melalui
soalselidik, mengenai cara pelajar-pelajar Melayu belajar
Bahasa Malaysia di peringkat seperti yang tersebut di atas.
Kajian ini telah memilih 120 orang pe1ajar sebagai
contohan melalui proses pencontohan rawak secara bersusun-lapis
berdasarkan rumupunan seramai 908 orang pelajar Melayu Tingkatan
Empat, lelaki dan perempuan, di empat buah Sekolah Menengah
Kebangsaan: dua di Wilayah Persekutuan, yang diistilahkan sebagai
sekolah bandar, dan dua lagi adalah di negeri Selangor,
yang diistilahkan sebagai sekolah desa. Contohan telah dibahagi
kepada empat kumpu1an, tiap- tiap satunya mengandungi
30 orang pelajar, yang dikenal sebagai lelaki bandar, perempuan
bandar; lelaki desa dan perempuan desa. |
|---|