Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan

Hubungan sosial dan sokongan yang mencukupi adalah cukup penting untuk kesejahteraan warga tua. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk memperihal hubungan dan sokongan sosial daripada ahli keluarga dan jiran tetangga kepada warga tua. Kajian ini, yang dilakukan di Daerah Limbongan, Pasir Puteh, Kela...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Ahmad, Wan Ibrahim
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8762/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8762/1/FEM_1999_4_A.pdf
_version_ 1848840961126301696
author Wan Ahmad, Wan Ibrahim
author_facet Wan Ahmad, Wan Ibrahim
author_sort Wan Ahmad, Wan Ibrahim
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Hubungan sosial dan sokongan yang mencukupi adalah cukup penting untuk kesejahteraan warga tua. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk memperihal hubungan dan sokongan sosial daripada ahli keluarga dan jiran tetangga kepada warga tua. Kajian ini, yang dilakukan di Daerah Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan juga bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara ciri latar belakang terpilih warga tua, hubungan sosial warga tua dengan keluarga, dan jiran tetangga, serta sokongan sosial daripada keluarga dan jiran tetangga, dengan kesejahteraan sebenar dan kesejahteraan tanggapan warga tua de sa. Seramai 214 orang warga tua daripada 1,067 buah keluarga yang mempunyai isirumah berumur 60 tahun dan ke atas di Daerah Limbongan, telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan dianalisis dengan menggunakan teknik korelasi product-moment dan teknik regresi linear berganda. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden tidak pemah mendapat pendidikan formal. Walaupun mereka sudah mencapai umur Ianjut, mereka terpaksa terus bekerja untuk menyara kehidupan. Bagi warga tua yang masih bekerja, kebanyakan mereka terlibat dalam kegiatan pertanian tradisional. Analisis ke atas hubungan sosial mendapati kehidupan warga tua tidak tersisih ataupun terbiar daripada ahli keluarga dan jiran tetangga. Kebanyakan warga tua menanggapi bahawa keluarga, khususnya pasangan dan anak-anak, serta jiran tetangga adalah sumber terpenting sokongan sosial kepada mereka. Analisis juga menunjukkan tahap kesejahteraan sebenar bagi kebanyakan warga tua adalah agak rendah. Walaupun tahap kesejahteraan sebenar warga tua rendah tetapi tahap kesejahteraan tanggapan mereka adalah sederhana tinggi. Kualiti perumahan, jumlah anak, pendidikan dan status pekerjaan, didapati mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan sebenar warga tua. Sebaliknya kualiti perumahan, hubungan sosial dengan jiran tetangga, pendidikan, status pekerjaan dan hubungan sosial dengan pasangan pula mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan tanggapan mereka. Oleh yang dernikian, secara keseluruhannya kajian mendapati pendidikan, pekerjaan, anak-anak, keadaan rumah yang sesuai, adanya hubungan sosial, terutama dengan pasangan dan jiran tetangga, dilihat sebagai faktor penyumbang terpenting kepada kesejahteraan warga tua desa di kawasan kajian.
first_indexed 2025-11-15T07:35:39Z
format Thesis
id upm-8762
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
Malay
last_indexed 2025-11-15T07:35:39Z
publishDate 1999
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-87622010-12-17T02:20:18Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8762/ Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan Wan Ahmad, Wan Ibrahim Hubungan sosial dan sokongan yang mencukupi adalah cukup penting untuk kesejahteraan warga tua. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk memperihal hubungan dan sokongan sosial daripada ahli keluarga dan jiran tetangga kepada warga tua. Kajian ini, yang dilakukan di Daerah Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan juga bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara ciri latar belakang terpilih warga tua, hubungan sosial warga tua dengan keluarga, dan jiran tetangga, serta sokongan sosial daripada keluarga dan jiran tetangga, dengan kesejahteraan sebenar dan kesejahteraan tanggapan warga tua de sa. Seramai 214 orang warga tua daripada 1,067 buah keluarga yang mempunyai isirumah berumur 60 tahun dan ke atas di Daerah Limbongan, telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan dianalisis dengan menggunakan teknik korelasi product-moment dan teknik regresi linear berganda. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden tidak pemah mendapat pendidikan formal. Walaupun mereka sudah mencapai umur Ianjut, mereka terpaksa terus bekerja untuk menyara kehidupan. Bagi warga tua yang masih bekerja, kebanyakan mereka terlibat dalam kegiatan pertanian tradisional. Analisis ke atas hubungan sosial mendapati kehidupan warga tua tidak tersisih ataupun terbiar daripada ahli keluarga dan jiran tetangga. Kebanyakan warga tua menanggapi bahawa keluarga, khususnya pasangan dan anak-anak, serta jiran tetangga adalah sumber terpenting sokongan sosial kepada mereka. Analisis juga menunjukkan tahap kesejahteraan sebenar bagi kebanyakan warga tua adalah agak rendah. Walaupun tahap kesejahteraan sebenar warga tua rendah tetapi tahap kesejahteraan tanggapan mereka adalah sederhana tinggi. Kualiti perumahan, jumlah anak, pendidikan dan status pekerjaan, didapati mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan sebenar warga tua. Sebaliknya kualiti perumahan, hubungan sosial dengan jiran tetangga, pendidikan, status pekerjaan dan hubungan sosial dengan pasangan pula mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan tanggapan mereka. Oleh yang dernikian, secara keseluruhannya kajian mendapati pendidikan, pekerjaan, anak-anak, keadaan rumah yang sesuai, adanya hubungan sosial, terutama dengan pasangan dan jiran tetangga, dilihat sebagai faktor penyumbang terpenting kepada kesejahteraan warga tua desa di kawasan kajian. 1999 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8762/1/FEM_1999_4_A.pdf Wan Ahmad, Wan Ibrahim (1999) Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. Aged - Care - Kelantan Aged - Kelantan Malay
spellingShingle Aged - Care - Kelantan
Aged - Kelantan
Wan Ahmad, Wan Ibrahim
Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan
title Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan
title_full Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan
title_fullStr Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan
title_full_unstemmed Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan
title_short Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan
title_sort hubungan sosial, sokongan, dan kesejahteraan warga tua: satu kajian di pedesaan kelantan
topic Aged - Care - Kelantan
Aged - Kelantan
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8762/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8762/1/FEM_1999_4_A.pdf