Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA di Malaysia. Seramai 40 orang pelajar Cina yang mengikuti kursus kemahiran bahasa Jepun Tahap III dipilih sebagai responden kajian ini. Me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ng, Chwee Fang
Format: Article
Published: Persatuan Linguistik Malaysia 2020
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87099/
_version_ 1848860361213607936
author Ng, Chwee Fang
author_facet Ng, Chwee Fang
author_sort Ng, Chwee Fang
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA di Malaysia. Seramai 40 orang pelajar Cina yang mengikuti kursus kemahiran bahasa Jepun Tahap III dipilih sebagai responden kajian ini. Mereka merupakan pelajar Cina yang berlatar belakang bahasa Cina, iaitu berpendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina apabila berada pada tahap sekolah rendah. Satu ujian yang terdiri daripada 30 soalan berbentuk objektif telah diberi kepada responden. Dalam ujian itu, terdapat 15 soalan yang pertama ditanya dalam tulisan gabungan Kanji (漢字) dengan Hiragana (ひらがな) manakala 15 soalan yang seterusnya ditanya dalam tulisan Hiragana (ひらがな) bahasa Jepun. Ini bertujuan untuk menguji penguasaan responden terhadap makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kedua-dua bentuk tulisan tersebut. Untuk tujuan tersebut, analisis Ujian T (Paired Sample T-Test) telah dijalankan. Setelah data kajian dianalisis dengan menggunakan Ujian T dalam program perisian SPSS, dapatan kajian telah menunjukkan tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan antara menjawab soalan yang ditanya dalam kedua-dua bentuk tulisan tersebut dan responden adalah lemah dalam menjawab soalan-soalan ujian tersebut. Walau bagaimanapun, kelemahan responden dalam menjawab soalan dengan memilih makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun yang sesuai adalah berpunca daripada banyak faktor. Antara faktornya ialah responden keliru terhadap tulisan, sebutan dan makna kata adjektif kedua-dua bahasa. Responden juga kurang mahir dan keliru tentang peraturanperaturan pola pembentukan dan cara penggunaan kata adjektif bahasa Jepun. Di samping itu, responden juga dipengaruhi oleh pemindahan negatif (negative transference) semasa mempelajari leksis kata adjektif bahasa Jepun. Ini berlaku kerana terdapatnya sesetengah kata adjektif bahasa Jepun memiliki tulisan bahasa Cina yang sama tetapi berbeza dari segi sebutan, makna, dan juga pembentukan dan penggunaannya.
first_indexed 2025-11-15T12:44:01Z
format Article
id upm-87099
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-15T12:44:01Z
publishDate 2020
publisher Persatuan Linguistik Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-870992024-05-16T07:04:10Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87099/ Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia Ng, Chwee Fang Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA di Malaysia. Seramai 40 orang pelajar Cina yang mengikuti kursus kemahiran bahasa Jepun Tahap III dipilih sebagai responden kajian ini. Mereka merupakan pelajar Cina yang berlatar belakang bahasa Cina, iaitu berpendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina apabila berada pada tahap sekolah rendah. Satu ujian yang terdiri daripada 30 soalan berbentuk objektif telah diberi kepada responden. Dalam ujian itu, terdapat 15 soalan yang pertama ditanya dalam tulisan gabungan Kanji (漢字) dengan Hiragana (ひらがな) manakala 15 soalan yang seterusnya ditanya dalam tulisan Hiragana (ひらがな) bahasa Jepun. Ini bertujuan untuk menguji penguasaan responden terhadap makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kedua-dua bentuk tulisan tersebut. Untuk tujuan tersebut, analisis Ujian T (Paired Sample T-Test) telah dijalankan. Setelah data kajian dianalisis dengan menggunakan Ujian T dalam program perisian SPSS, dapatan kajian telah menunjukkan tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan antara menjawab soalan yang ditanya dalam kedua-dua bentuk tulisan tersebut dan responden adalah lemah dalam menjawab soalan-soalan ujian tersebut. Walau bagaimanapun, kelemahan responden dalam menjawab soalan dengan memilih makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun yang sesuai adalah berpunca daripada banyak faktor. Antara faktornya ialah responden keliru terhadap tulisan, sebutan dan makna kata adjektif kedua-dua bahasa. Responden juga kurang mahir dan keliru tentang peraturanperaturan pola pembentukan dan cara penggunaan kata adjektif bahasa Jepun. Di samping itu, responden juga dipengaruhi oleh pemindahan negatif (negative transference) semasa mempelajari leksis kata adjektif bahasa Jepun. Ini berlaku kerana terdapatnya sesetengah kata adjektif bahasa Jepun memiliki tulisan bahasa Cina yang sama tetapi berbeza dari segi sebutan, makna, dan juga pembentukan dan penggunaannya. Persatuan Linguistik Malaysia 2020 Article PeerReviewed Ng, Chwee Fang (2020) Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia. Jurnal Linguistik, 24 (1). 94 - 108. ISSN 1823-9242 https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguistik/issue/view/26
spellingShingle Ng, Chwee Fang
Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia
title Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia
title_full Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia
title_fullStr Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia
title_full_unstemmed Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia
title_short Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia
title_sort penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa jepun dalam kalangan pelajar cina di sebuah ipta malaysia
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87099/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87099/