Tipologi keterancaman dialek Melayu Patani dari perspektif etnolinguistik

Pengkajian berkaitan keterancaman sesuatu bahasa atau dialek minoriti di Malaysia semakin menjadi tumpuan para sarjana kerana kesedaran bahawa dialek-dialek tersebut merupakan salah satu daripada khazanah negara. Dialek Melayu Patani yang dituturkan oleh masyarakat Melay...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Mokhtar, Wan Khairulhusna
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84455/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84455/1/FBMK%202019%2026%20-%20%20IR.pdf
_version_ 1848859814523830272
author Wan Mokhtar, Wan Khairulhusna
author_facet Wan Mokhtar, Wan Khairulhusna
author_sort Wan Mokhtar, Wan Khairulhusna
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Pengkajian berkaitan keterancaman sesuatu bahasa atau dialek minoriti di Malaysia semakin menjadi tumpuan para sarjana kerana kesedaran bahawa dialek-dialek tersebut merupakan salah satu daripada khazanah negara. Dialek Melayu Patani yang dituturkan oleh masyarakat Melayu Patani juga tidak terkecuali dari permasalahan berkaitan keterancaman akibat pertembungan bahasa dan pengaruh bahasa luar. Satu kajian lapangan untuk meneliti dialek Melayu Patani telah dijalankan di dua buah lokasi kajian iaitu Kampung Chepir mewakili Sik Kedah dan Kampung Kuak Hulu pula mewakili Pengkalan Hulu, Perak dengan responden seramai 150 orang bagi setiap lokasi. Kedua-dua lokasi tersebut adalah di bahagian pedalaman yang paling hulu. Objektif pertama kajian adalah menganalisis aspek fonologi dan leksikal dialek Melayu Patani di Kedah dan Perak. Objektif kedua pula adalah menilai sikap masyarakat Melayu Patani di Kedah dan Perak terhadap pemilihan dialek Melayu Patani berdasarkan mandala-mandala tertentu. Objektif ketiga adalah menghuraikan tipologi keterancaman dialek Melayu Patani di Kedah dan Perak. Pendekatan etnolinguistik yang menjadi dasar kepada kajian, berkepentingan untuk menilai sikap dan pemilihan bahasa masyarakat Melayu Patani. Bagi menjelaskan objektif-objektif kajian, pendekatan etnolinguistik adalah berdasarkan tiga kerangka teori iaitu teori domain atau mandala, teori fonetik struktural dan teori tipologi keterancaman bahasa. Pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif digunakan bagi memperoleh data melalui kaedah kepustakaan dan kajian lapangan yang membabitkan teknik rakaman, teknik temu bual, teknik soal selidik, teknik pemerhatian, dan teknik lafaz. Hasil dapatan mendapati masyarakat Melayu Patani di kedua-dua lokasi kajian berjaya menunjukkan sifat positif etnosentrik dan antusiasme yang tinggi dalam memartabatkan bahasa ibunda mereka. Situasi ini terbukti apabila dialek Melayu Patani masih dalam keadaan selamat walaupun terdapat pertembungan bahasa. Selain itu, pendokumentasian kosa kata dialek Melayu Patani membuktikan dialek Hulu dan dialek Kuak Hulu yang digelar oleh masyarakat Melayu Patani sebenarnya adalah dialek Melayu Patani. Ini dibuktikan dengan melihat kekerabatan bahasa antara kedua-duanya. Hubungan kekeluargaan yang diterapkandalam kelompok masyarakat mereka mampu melestarikandialek Melayu Patani sehingga berabad lamanya. Selagi masyarakat Melayu Patani terus menggunakan bahasa ibunda mereka dengan rasa bangga, selagi itu bahasa akan hidup selamanya. Kebergantungan ini berbalik kepada sikap penutur sendiri sama ada akan terus menggunakannya atau melupakan bahasa nenek moyang mereka.
first_indexed 2025-11-15T12:35:19Z
format Thesis
id upm-84455
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T12:35:19Z
publishDate 2018
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-844552021-02-08T00:50:35Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84455/ Tipologi keterancaman dialek Melayu Patani dari perspektif etnolinguistik Wan Mokhtar, Wan Khairulhusna Pengkajian berkaitan keterancaman sesuatu bahasa atau dialek minoriti di Malaysia semakin menjadi tumpuan para sarjana kerana kesedaran bahawa dialek-dialek tersebut merupakan salah satu daripada khazanah negara. Dialek Melayu Patani yang dituturkan oleh masyarakat Melayu Patani juga tidak terkecuali dari permasalahan berkaitan keterancaman akibat pertembungan bahasa dan pengaruh bahasa luar. Satu kajian lapangan untuk meneliti dialek Melayu Patani telah dijalankan di dua buah lokasi kajian iaitu Kampung Chepir mewakili Sik Kedah dan Kampung Kuak Hulu pula mewakili Pengkalan Hulu, Perak dengan responden seramai 150 orang bagi setiap lokasi. Kedua-dua lokasi tersebut adalah di bahagian pedalaman yang paling hulu. Objektif pertama kajian adalah menganalisis aspek fonologi dan leksikal dialek Melayu Patani di Kedah dan Perak. Objektif kedua pula adalah menilai sikap masyarakat Melayu Patani di Kedah dan Perak terhadap pemilihan dialek Melayu Patani berdasarkan mandala-mandala tertentu. Objektif ketiga adalah menghuraikan tipologi keterancaman dialek Melayu Patani di Kedah dan Perak. Pendekatan etnolinguistik yang menjadi dasar kepada kajian, berkepentingan untuk menilai sikap dan pemilihan bahasa masyarakat Melayu Patani. Bagi menjelaskan objektif-objektif kajian, pendekatan etnolinguistik adalah berdasarkan tiga kerangka teori iaitu teori domain atau mandala, teori fonetik struktural dan teori tipologi keterancaman bahasa. Pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif digunakan bagi memperoleh data melalui kaedah kepustakaan dan kajian lapangan yang membabitkan teknik rakaman, teknik temu bual, teknik soal selidik, teknik pemerhatian, dan teknik lafaz. Hasil dapatan mendapati masyarakat Melayu Patani di kedua-dua lokasi kajian berjaya menunjukkan sifat positif etnosentrik dan antusiasme yang tinggi dalam memartabatkan bahasa ibunda mereka. Situasi ini terbukti apabila dialek Melayu Patani masih dalam keadaan selamat walaupun terdapat pertembungan bahasa. Selain itu, pendokumentasian kosa kata dialek Melayu Patani membuktikan dialek Hulu dan dialek Kuak Hulu yang digelar oleh masyarakat Melayu Patani sebenarnya adalah dialek Melayu Patani. Ini dibuktikan dengan melihat kekerabatan bahasa antara kedua-duanya. Hubungan kekeluargaan yang diterapkandalam kelompok masyarakat mereka mampu melestarikandialek Melayu Patani sehingga berabad lamanya. Selagi masyarakat Melayu Patani terus menggunakan bahasa ibunda mereka dengan rasa bangga, selagi itu bahasa akan hidup selamanya. Kebergantungan ini berbalik kepada sikap penutur sendiri sama ada akan terus menggunakannya atau melupakan bahasa nenek moyang mereka. 2018-10 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84455/1/FBMK%202019%2026%20-%20%20IR.pdf Wan Mokhtar, Wan Khairulhusna (2018) Tipologi keterancaman dialek Melayu Patani dari perspektif etnolinguistik. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Anthropological linguistics
spellingShingle Anthropological linguistics
Wan Mokhtar, Wan Khairulhusna
Tipologi keterancaman dialek Melayu Patani dari perspektif etnolinguistik
title Tipologi keterancaman dialek Melayu Patani dari perspektif etnolinguistik
title_full Tipologi keterancaman dialek Melayu Patani dari perspektif etnolinguistik
title_fullStr Tipologi keterancaman dialek Melayu Patani dari perspektif etnolinguistik
title_full_unstemmed Tipologi keterancaman dialek Melayu Patani dari perspektif etnolinguistik
title_short Tipologi keterancaman dialek Melayu Patani dari perspektif etnolinguistik
title_sort tipologi keterancaman dialek melayu patani dari perspektif etnolinguistik
topic Anthropological linguistics
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84455/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84455/1/FBMK%202019%2026%20-%20%20IR.pdf