Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas

Mutakhir ini, banyak modul pembelajaran bahasa Arab telah diusahakan untuk memenuhi minat orang awam, terutamanya warga emas. Namun, modul berkenaan kurang memenuhi pendekatan dan prinsip pembelajaran golongan ini serta tidak didahului oleh satu analisis keperluan. Hasilnya, modul ini telah membantu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Yahya, Nor Yazidah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83340/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83340/1/FBMK%202019%2023%20ir.pdf
_version_ 1848859514856538112
author Yahya, Nor Yazidah
author_facet Yahya, Nor Yazidah
author_sort Yahya, Nor Yazidah
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Mutakhir ini, banyak modul pembelajaran bahasa Arab telah diusahakan untuk memenuhi minat orang awam, terutamanya warga emas. Namun, modul berkenaan kurang memenuhi pendekatan dan prinsip pembelajaran golongan ini serta tidak didahului oleh satu analisis keperluan. Hasilnya, modul ini telah membantut minat serta membataskan penguasaan mereka untuk mempelajari bahasa ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina dan menilai modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas berdasarkan analisis keperluan yang telah dijalankan serta prinsip Andragogi. Kajian ini menggunakan kaedah kajian Reka Bentuk dan Pembinaan (Design and Developmental Research Approach) untuk membina modul. Berpandukan kaedah ini, kajian ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama; iaitu Fasa Reka Bentuk dan Pembinaan melibatkan proses reka bentuk dan pembinaan modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas yang terdiri daripada 10 unit. Selanjutnya, fasa kedua kajian ini; iaitu Fasa Pelaksanaan dan Penilaian Kebolehgunaan memfokuskan kebolehgunaan modul, yang kemudiannya dinilai oleh pakar dan juga responden kajian yang terdiri daripada seorang pengajar dan 25 orang pelajar warga emas. Dapatan kajian fasa pertama telah berjaya menghasilkan modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas yang dikenali sebagai MOBAWE. Modul ini terdiri daripada empat (4) komponen utama, iaitu objektif, kandungan, penyampaian bahan dan penilaian. Komponen kandungan pula merangkumi empat (4) elemen; iaitu tema agama, tema komunikasi, unsur dan kemahiran bahasa yang diterima dengan pembetulan setelah dinilai oleh sekumpulan pakar. Dapatan untuk fasa kedua menunjukkan pelaksanaan MOBAWE adalah berada pada tahap praktis, berkesan, sesuai dan boleh digunakan. Dapatan temu bual dan pemerhatian yang dianalisis secara kualitatif telah membuktikan bahawa pelajar warga emas mampu mempelajari bahasa Arab dengan lebih berkesan menggunakan MOBAWE. Mereka turut mencadangkan agar latihan pengukuhan bersumberkan al- Quran digandakan, serta aktiviti ulang kaji lebih diutamakan berbanding dengan ujian pencapaian akhir kursus. Penjenamaan semula istilah ‘ujian pencapaian akhir kursus’ sebagai ‘ulang kaji’ juga mengurangkan tekanan mereka. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan transliterasi dalam pembelajaran bahasa Arab tidak disenangi oleh pelajar warga emas.
first_indexed 2025-11-15T12:30:33Z
format Thesis
id upm-83340
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T12:30:33Z
publishDate 2018
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-833402022-01-06T07:27:09Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83340/ Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas Yahya, Nor Yazidah Mutakhir ini, banyak modul pembelajaran bahasa Arab telah diusahakan untuk memenuhi minat orang awam, terutamanya warga emas. Namun, modul berkenaan kurang memenuhi pendekatan dan prinsip pembelajaran golongan ini serta tidak didahului oleh satu analisis keperluan. Hasilnya, modul ini telah membantut minat serta membataskan penguasaan mereka untuk mempelajari bahasa ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina dan menilai modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas berdasarkan analisis keperluan yang telah dijalankan serta prinsip Andragogi. Kajian ini menggunakan kaedah kajian Reka Bentuk dan Pembinaan (Design and Developmental Research Approach) untuk membina modul. Berpandukan kaedah ini, kajian ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama; iaitu Fasa Reka Bentuk dan Pembinaan melibatkan proses reka bentuk dan pembinaan modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas yang terdiri daripada 10 unit. Selanjutnya, fasa kedua kajian ini; iaitu Fasa Pelaksanaan dan Penilaian Kebolehgunaan memfokuskan kebolehgunaan modul, yang kemudiannya dinilai oleh pakar dan juga responden kajian yang terdiri daripada seorang pengajar dan 25 orang pelajar warga emas. Dapatan kajian fasa pertama telah berjaya menghasilkan modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas yang dikenali sebagai MOBAWE. Modul ini terdiri daripada empat (4) komponen utama, iaitu objektif, kandungan, penyampaian bahan dan penilaian. Komponen kandungan pula merangkumi empat (4) elemen; iaitu tema agama, tema komunikasi, unsur dan kemahiran bahasa yang diterima dengan pembetulan setelah dinilai oleh sekumpulan pakar. Dapatan untuk fasa kedua menunjukkan pelaksanaan MOBAWE adalah berada pada tahap praktis, berkesan, sesuai dan boleh digunakan. Dapatan temu bual dan pemerhatian yang dianalisis secara kualitatif telah membuktikan bahawa pelajar warga emas mampu mempelajari bahasa Arab dengan lebih berkesan menggunakan MOBAWE. Mereka turut mencadangkan agar latihan pengukuhan bersumberkan al- Quran digandakan, serta aktiviti ulang kaji lebih diutamakan berbanding dengan ujian pencapaian akhir kursus. Penjenamaan semula istilah ‘ujian pencapaian akhir kursus’ sebagai ‘ulang kaji’ juga mengurangkan tekanan mereka. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan transliterasi dalam pembelajaran bahasa Arab tidak disenangi oleh pelajar warga emas. 2018-12 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83340/1/FBMK%202019%2023%20ir.pdf Yahya, Nor Yazidah (2018) Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Arabic language - Study and teaching Arabic language Older people
spellingShingle Arabic language - Study and teaching
Arabic language
Older people
Yahya, Nor Yazidah
Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas
title Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas
title_full Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas
title_fullStr Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas
title_full_unstemmed Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas
title_short Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas
title_sort pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa arab untuk warga emas
topic Arabic language - Study and teaching
Arabic language
Older people
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83340/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83340/1/FBMK%202019%2023%20ir.pdf