Unsur penanda wacana dalam teks ucapan Belanjawan 2019

Teks ucapan dianggap sebagai wacana yang sempurna dengan wujudnya penghubung yang bertunjangkan semantik antara komponen teks. Pertalian yang dikenali sebagai penanda wacana ini membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat menjadi lancar dan mudah difahami. Oleh...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Hamid, Muhammad Faizul, Abdul Jabar, Mohd Azidan, Abdullah, Muhammad Alif Redzuan
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82675/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82675/1/Unsur%20penanda%20wacana%20dalam%20teks%20ucapan%20Belanjawan%202019.pdf
Description
Summary:Teks ucapan dianggap sebagai wacana yang sempurna dengan wujudnya penghubung yang bertunjangkan semantik antara komponen teks. Pertalian yang dikenali sebagai penanda wacana ini membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat menjadi lancar dan mudah difahami. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mencungkil pelbagai unsur penanda wacana dan rasional penggunaannya dalam teks ucapan Belanjawan 2019 sebagai salah satu cara untuk mengalirkan mesej penting kepada khalayak ramai. Teks ucapan ini merupakan strategi belanjawan parti gabungan Pakatan Harapan yang pertama apabila memegang tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia yang baharu. Penyelidikan ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah kualitatif. Kerangka pemikiran adverba anafora Asmah (2008) dan teori Nahu Fungsian (Halliday & Matthiessen, 2014) telah dijadikan pegangan dalam proses penyelidikan. Berdasarkan hasil kajian, terdapat pelbagai jenis unsur penanda wacana yang digunakan oleh pengucap dalam teks ucapan Belanjawan 2019. Penghubung penambahan, adverba tujuan dan adverba manfaat dilihat sebagai tiga unsur penanda wacana yang kerap digunakan dalam usaha pembikinan teks ucapannya. Namun begitu, teks ucapan ini juga sarat dengan pengemblengan beberapa unsur penanda wacana lain. Kolaborasi beberapa unsur penanda wacana telah menunjukkan bahawa penghubung memainkan peranan penting dalam memastikan ketekstualan ucapan Belanjawan 2019 dan seterusnya dapat mewujudkan makna yang kontekstual, tersusun dan mudah diterima oleh pengguna bahasa.