Bahasa Melayu strategi kesantunan bertutur remaja program dwisijil di Maktab Rendah Sains Mara

Pelbagai dasar digubal dalam sektor pendidikan untuk memastikan remaja pada masa akan datang mempunyai kemahiran bertutur yang baik. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi kesantunan dan merumuskan aspek yang menyerlahkan keterampilan bertutur remaja ketika be...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zaini, Ahmad Afindiy, Hamzah, Zaitul Azma Zainon
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82257/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82257/1/Bahasa%20Melayu%20strategi%20kesantunan%20bertutur%20remaja%20program%20dwisijil%20di%20Maktab%20Rendah%20Sains%20Mara.pdf
Description
Summary:Pelbagai dasar digubal dalam sektor pendidikan untuk memastikan remaja pada masa akan datang mempunyai kemahiran bertutur yang baik. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi kesantunan dan merumuskan aspek yang menyerlahkan keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi. Kajian ini disertai oleh remaja yang berusia 16 dan 17 tahun yang tinggal dan belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Baling Kedah. Remaja yang terlibat merupakan pelajar yang mengikuti program dwisijil di MRSM Baling, Kedah. Kajian ini melibatkan dua jenis interaksi, iaitu, interaksi spontan dan interaksi terancang. Sesi interaksi dirakamkan menggunakan alat perakam audio dan kemudiannya ditranskripsikan untuk dianalisis menggunakan teori Kesantunan Brown dan Levinson (1987). Hasil analisis digunakan untuk merumuskan aspek yang menyerlahkan keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi secara spontan dan terancang. Dapatan kajian mendapati bahawa keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi dikenal pasti melalui beberapa aspek penggunaan bahasa. Dalam hal ini, aspek linguistik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa amat menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Oleh hal yang demikian, remaja perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan melalui pembacaan untuk agar dapat menyerlahkan lagi keterampilan bertutur remaja untuk berinteraksi dengan lebih baik.