Strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah di SJK(T) Batu Caves, Selangor

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji strategi kemahiran membaca bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah di SJK(T) Batu Caves, Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisi strategi kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nagasundram, Usha, Subramaniam, Vijayaletchumy
Format: Article
Language:English
Published: Infrastructure University Kuala Lumpur 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82256/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82256/1/Strategi%20kemahiran%20membaca%20dalam%20kalangan%20murid%20cemerlang%20dan%20murid%20lemah%20di%20SJK%28T%29%20Batu%20Caves%2C%20Selangor.pdf
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji strategi kemahiran membaca bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah di SJK(T) Batu Caves, Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisi strategi kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah SJK(T) Batu Caves yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid. Pengkaji menggunakan Model Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Zamri Mahamod (2004) dan borang soal selidik yang diadaptasi daripada Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu dan telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang murid tahun 5 SJK(T) Batu Caves. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan tinjauan lapangan untuk mengumpul data kajian. Hasil dapatan kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid cemerlang lebih kerap mengamalkan strategi kemahiran membaca berbanding murid lemah. Faktor utama yang mempengaruhi murid lemah dalam kemahiran membaca ialah sikap dan minat murid itu terhadap penguasaan bahasa Melayu dan juga peranan guru dalam mempelbagai cara pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas. Melalui penyelidikan ini, murid-murid yang lemah dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua boleh mengaplikasi strategi kemahiran membaca dalam menguasai bahasa Melayu. Selain itu, para guru bahasa Melayu dapat merangka aktiviti dan PdPcyang menarik dalam membantu murid-murid lemah menguasai kemahiran membaca. Ibu bapa juga tidak kurang pentingnya dalam kajian ini. Ibu bapa boleh mengetahui atau memahami masalah yang dihadapi oleh anak masing-masing dan mengatasi masalah tersebut dengan membelikan buku-buku yang bersesuaian mengikut tahap anak-anak.