Pembinaan kompetensi dalam Pembangunan Belia Positif melalui proses pementoran kepemimpinan belia di Malaysia

Proses pementoran kepimpinan belia berpotensi dalam membentuk sebuah kumpulan pelapis yang mampu mencorakkan landskap sosioekonomi dan politik seperti yang digariskan dalam Dasar Belia Malaysia 2015. Penerusan agenda pembangunan negara memerlukan penglibatan bakat baharu dalam kepemimpinan belia yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Arshad, Mohd Mursyid, Ismail, Ismi Arif, Omar, Zoharah, Che Nawi, Nur Raihan
Format: Article
Published: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81637/
Description
Summary:Proses pementoran kepimpinan belia berpotensi dalam membentuk sebuah kumpulan pelapis yang mampu mencorakkan landskap sosioekonomi dan politik seperti yang digariskan dalam Dasar Belia Malaysia 2015. Penerusan agenda pembangunan negara memerlukan penglibatan bakat baharu dalam kepemimpinan belia yang perlu digilap melalui latihan profesional dan pendedahan yang meluas. Kajian ini mengkaji bagaimana pementoran kepemimpinan belia dapat membangunkan kompetensi belia yang merupakan salah satu elemen utama dalam Pembangunan Belia Positif (PYD). Secara khusus, kajian ini menjawab persoalan sejauhmana kaedah pementoran kepemimpinan dapat membantu dalam membangunkan kompetensi belia? Dengan menggunakan kaedah penyelidikan kajian kes kualitatif, dapatan empirikal mendapati pementoran telah membangunkan kompetensi belia dengan keupayaan untuk merancang strategi dan mampu untuk berfikir secara rasional dalam memimpin perubahan sosial. Kesimpulannya, pementoran kepemimpinan berpotensi dalam meningkatkan kompetensi belia yang diperlukan dalam PYD dan secara langsung menyumbang kepada pembangunan kepimpinan belia.