Pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian bahan bantu mengajar Bahasa Arab

Kertas kerja ini bertujuan untuk membangun dan mengesahkan instrumen untuk menilai amalan pengajaran, kekerapan dan kesediaan penggunaan bahan bantu mengajar bahasa Arab (IPBBMBA) di sekolah menengah Malaysia daripada perspektif guru. Berdasarkan kajian literat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Husaini, Muhammad Haron, Mohd Pisol, Mohd Izzuddin, Mat Razali, Ahmad Shafiq, Mat Saad, Diyak Ulrahman, Mohamad, Ab. Halim
Format: Article
Published: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81636/
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk membangun dan mengesahkan instrumen untuk menilai amalan pengajaran, kekerapan dan kesediaan penggunaan bahan bantu mengajar bahasa Arab (IPBBMBA) di sekolah menengah Malaysia daripada perspektif guru. Berdasarkan kajian literatur, soal selidik guru dan analisis instrumen sedia ada, konstruk dikenal pasti dan item yang menyumbang kepada amalan penggunaan, kekerapan dan kesediaan para guru untuk mengguna bahan bantu mengajar telah dibangunkan. Kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas instrumen yang dibina.Kesahan instrumen melibatkan tiga orang pakar dalam bidang pendidikan bahasa Arab. Seramai 427 orang guru terlibat dalam kajian ini. Hasilnya instrumen baru yang dibangunkan ini terdiri daripada3 komponen utama. Komponen amalan pengajaran merangkumi 4 konstruk. Komponen kekerapan penggunaan 1 konstruk manakala komponen kesediaan penggunaan pula mengandungi 5 konstruk. Jumlah keseluruhan item bagi IPBBMBA termasuk demografi responden adalah 82 item.Muatan faktor atau klasifikasi indeks kebolehpercayaan untuk setiap item adalah dalam julat 0.60 dan ke bawah hingga 0.90 dan ke atas. Hasil kajian juga menunjukkan nilai alpha bagi semua komponen adalah dalam julat 0.435-0.931 dengan purata 0.736. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan instrumen ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunapakai dalam menilai amalan pengajaran, kekerapan dan kesediaan penggunaan bahan bantu mengajar bahasa Arabsekolah menengah di Malaysia