Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT

SERDANG, 18 Oktober - Budaya debat perlu disemai oleh pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memastikan negara tidak ketandusan pendebat berkaliber pada masa depan. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata aktiviti debat kini merupakan lapan teras utama kokurikulu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8145/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8145/1/Budaya_Debat_Perlu_disemai_Oleh_Pelajar_IPT.pdf
_version_ 1848840789059174400
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description SERDANG, 18 Oktober - Budaya debat perlu disemai oleh pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memastikan negara tidak ketandusan pendebat berkaliber pada masa depan. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata aktiviti debat kini merupakan lapan teras utama kokurikulum di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). “Kementerian melihat secara serius acara debat sebagai platform terbaik pembinaan karektor pelajar IPT. Debat kini merupakan kluster ke-8 di bawah aktiviti ‘public speaking’ bertujuan menggalakkan pelajar menerokai idea baharu di samping memberikan impak kepada masyarakat masa kini.” “Pada masa ini, debat belum lagi menjadi satu budaya terutamanya di kalangan pelajar universiti negara ini,” katanya pada majlis Sidang Media Pra Pelancaran Kejohanan Debat – World Universities Peace Invitational Debate (GEMS-WUPID) anjuran Bahagian Komunikasi Korporat bersama H&G Strategic Communications di Hotel Legend baru-baru ini. Beliau berharap dengan penganjuran kejohanan GEMS-WUPID membolehkan pendebat bertukar-tukar pandangan selain memperbaiki kemahiran komunikasi masing-masing. “Kejohanan ini berkonsepkan sistem debat yang diamalkan di Parlimen United Kingdom (UK) iaitu melibatkan empat kumpulan yang terdiri daripada dua pendebat bagi setiap sesi,” katanya. Pengarah Jawatankuasa Penganjuran GEMS-WUPID, Shamsul Azhar Ismail berkata sebanyak 30 universiti dari seluruh dunia dijangka menyertai GEMS-WUPID yang akan diadakan di UPM pada 18 Disember depan. “WUPID bukan sahaja sekadar kejohanan debat ia juga adalah pemasaran idea dan menjadi platform para belia berbincang serta membahas polisi antarabangsa yang dicadangkan,” katanya. Sementara itu, objektif kejohanan ini adalah untuk melahirkan pendebat universiti yang terbaik bagi membincangkan serta membahaskan isu berkaitan dengan keamanan dan formula penyelesaian sebarang kemungkinan semasa sesi debat. Selain itu, aktiviti debat seperti ini dapat menyuburkan toleransi dan hormat menghormati antara para pendebat.
first_indexed 2025-11-15T07:32:55Z
format UPM News
id upm-8145
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
Malay
last_indexed 2025-11-15T07:32:55Z
publishDate 2010
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-81452013-05-27T07:37:50Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8145/ Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 18 Oktober - Budaya debat perlu disemai oleh pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memastikan negara tidak ketandusan pendebat berkaliber pada masa depan. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata aktiviti debat kini merupakan lapan teras utama kokurikulum di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). “Kementerian melihat secara serius acara debat sebagai platform terbaik pembinaan karektor pelajar IPT. Debat kini merupakan kluster ke-8 di bawah aktiviti ‘public speaking’ bertujuan menggalakkan pelajar menerokai idea baharu di samping memberikan impak kepada masyarakat masa kini.” “Pada masa ini, debat belum lagi menjadi satu budaya terutamanya di kalangan pelajar universiti negara ini,” katanya pada majlis Sidang Media Pra Pelancaran Kejohanan Debat – World Universities Peace Invitational Debate (GEMS-WUPID) anjuran Bahagian Komunikasi Korporat bersama H&G Strategic Communications di Hotel Legend baru-baru ini. Beliau berharap dengan penganjuran kejohanan GEMS-WUPID membolehkan pendebat bertukar-tukar pandangan selain memperbaiki kemahiran komunikasi masing-masing. “Kejohanan ini berkonsepkan sistem debat yang diamalkan di Parlimen United Kingdom (UK) iaitu melibatkan empat kumpulan yang terdiri daripada dua pendebat bagi setiap sesi,” katanya. Pengarah Jawatankuasa Penganjuran GEMS-WUPID, Shamsul Azhar Ismail berkata sebanyak 30 universiti dari seluruh dunia dijangka menyertai GEMS-WUPID yang akan diadakan di UPM pada 18 Disember depan. “WUPID bukan sahaja sekadar kejohanan debat ia juga adalah pemasaran idea dan menjadi platform para belia berbincang serta membahas polisi antarabangsa yang dicadangkan,” katanya. Sementara itu, objektif kejohanan ini adalah untuk melahirkan pendebat universiti yang terbaik bagi membincangkan serta membahaskan isu berkaitan dengan keamanan dan formula penyelesaian sebarang kemungkinan semasa sesi debat. Selain itu, aktiviti debat seperti ini dapat menyuburkan toleransi dan hormat menghormati antara para pendebat. 2010-10-18 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8145/1/Budaya_Debat_Perlu_disemai_Oleh_Pelajar_IPT.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT. [UPM News] http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201010262991623431721654213 Malay
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT
title Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT
title_full Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT
title_fullStr Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT
title_full_unstemmed Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT
title_short Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT
title_sort budaya debat perlu disemai oleh pelajar ipt
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8145/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8145/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8145/1/Budaya_Debat_Perlu_disemai_Oleh_Pelajar_IPT.pdf