Serdang Angels Raih Naib Johan Ragbi 10`s

SERDANG - Pasukan Serdang Angels berjaya meraih naib johan Kejohanan Ragbi 10`s Terbuka Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-2 setelah tewas kepada pasukan ATM JLJ ‘A’ 0-12 dalam akhir Piala CUP pada kejohanan dari 9 – 10 Oktober lalu. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pusat Sukan UPM, Hamzah Ismail b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8101/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8101/1/Serdang_Angels_Raih_Naib_Johan_Ragbi_10%60s.pdf
Description
Summary:SERDANG - Pasukan Serdang Angels berjaya meraih naib johan Kejohanan Ragbi 10`s Terbuka Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-2 setelah tewas kepada pasukan ATM JLJ ‘A’ 0-12 dalam akhir Piala CUP pada kejohanan dari 9 – 10 Oktober lalu. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pusat Sukan UPM, Hamzah Ismail berupa wang tunai RM800 bagi juara dan naib johan RM600. Bagi perlawanan akhir kategori lain, Kajang Rugby Club muncul johan piala Plate dengan menewaskan Universiti Malaysia Terengganu, X-SAAS menewaskan Politeknik Ungku Omar bagi akhir Piala Bowl dan Piala Shield dimenangi oleh Uniten setelah menewaskan IPB Hippo. Kolej MARA Banting menjuarai johan Piala CUP bawah 19 tahun dengan menewaskan Politeknik Shah Alam sementara Maktab Sultan Abu Bakar menewaskan Politeknik PD Junior bagi Piala Plate bawah 19 tahun. Sementara itu, Kejohanan Sepak Takraw Terbuka UPM Ke-4 pada tarikh yang sama menyaksikan Petronas Batu Gajah ‘B’ muncul johan dengan merebut wang tunai RM1,000 dan piala apabila menewaskan Petronas Batu Gajah ‘A’ yang mendapat hadiah wang tunai RM700. Tempat ketiga dimenangi oleh Bukit Putra C setelah menewaskan Dell Kiosk B. Kedua-dua kejohanan anjuran Pusat Sukan UPM itu terbuka kepada semua kelab dalam negara.