Hubungan ibu bapa anak dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara hubungan ibu bapa anak dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. Seramai 400 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian dan data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Johari, Mohammad Arif, Ahmad, Sa'odah
Format: Article
Language:English
Published: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80095/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80095/1/Hubungan%20ibu%20bapa%20anak%20dengan%20kesejahteraan%20diri%20dalam%20kalangan%20pelajar%20universiti%20di%20Serdang%2C%20Selangor.pdf
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara hubungan ibu bapa anak dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. Seramai 400 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian dan data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Skala Personal Wellbeing Index - Adult (PWI-A) oleh Cummins (2013) digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan diri pelajar. Hubungan ibu bapa anak.pula telah diukur dengan menggunakan Skala Perceptions of Parents Scales (POPS) yang dibangunkan oleh Grolnick, Deci & Ryan (1997). Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara hubungan ibu anak (r = 0.162*, p ≤ 0.05) dan hubungan bapa anak (r = 0.148**, p ≤ 0.05) dengan kesejahteraan diri pelajar. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan hubungan ibu anak merupakan faktor yang paling mempengaruhi kesejahteraan diri pelajar (β = 0.138). Hasil kajian ini memberi maklumat penting mengenai kesejahteraan diri pelajar universiti, di mana hubungan ibu bapa anak merupakan faktor yang mempengaruhinya.