UPM Raih Dua Pingat di IENA

NUREMBERG– Dua produk penyelidikan UPM berjaya meraih dua pingat emas pada pameran antarabangsa International Exhibition of Ideas, Inventions New Products (iENA) 2010 baru-baru ini. Penerima pingat emas pertama adalah Prof. Ir. Dr. Barkawi Sahari daripada Institut Teknologi Maju dengan produk pen...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7856/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7856/1/UPM_Raih_Dua_Pingat_di_IENA.pdf
Description
Summary:NUREMBERG– Dua produk penyelidikan UPM berjaya meraih dua pingat emas pada pameran antarabangsa International Exhibition of Ideas, Inventions New Products (iENA) 2010 baru-baru ini. Penerima pingat emas pertama adalah Prof. Ir. Dr. Barkawi Sahari daripada Institut Teknologi Maju dengan produk penyelidikan Crashworthy and Safe Natural Gas Vehicle Front Platform. Produk itu merupakan platform hadapan kereta untuk menyokong dua tangki gas asli berbentuk silinder di bawah dua tempat duduk hadapan yang tidak menggunakan ruang barangan pada bonet kereta. Sementara itu, Prof. Madya Dr. Jayakaran Mukundan daripada Fakulti Pengajian Pendidikan telah memenangi pingat emas dengan produk One Stop World List Creator dan Retrotext E 2.0. Produk itu merupakan perisian yang membantu guru menyimpan metodologi pengajaran serta penilaian bahan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas serta menyimpan taburan perkataan yang baru diajar. Sebanyak lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan satu institut penyelidikan telah menyertai pameran kali ini yang telah berlangsung pada 28 - 31 Oktober lalu di Exhibition Centre Nurembergh, Jerman.