UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan

SERDANG, 26 Ogos - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta alat pengesan teknologi biosensor menggunakan enzim bagi mengenalpasti bahan kimia formaldehid yang boleh diguna sebagai bahan pengawet mayat pada ikan di pasaran. Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7792/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7792/1/UPM_Cipta_Alat_Kesan_Bahan_Awet_Mayat_Pada_Ikan.pdf
_version_ 1848840693456306176
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description SERDANG, 26 Ogos - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta alat pengesan teknologi biosensor menggunakan enzim bagi mengenalpasti bahan kimia formaldehid yang boleh diguna sebagai bahan pengawet mayat pada ikan di pasaran. Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar dari Institut Biosains UPM berkata teknologi itu merupakan kaedah pantas dan efektif mengesan bahan yang boleh menyebabkan risiko penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukemia jika termakan berlebihan. “Penggunaan bahan kimia ini ke atas ikan masih tiada keseragaman dari aspek kajian dan pengawasan. Dengan biosensor ini, kita dapat mengetahui penyalahgunaan bahan kimia ini yang disalahguna oleh pengusaha jualan ikan,” katanya pada sidang media Produk Baharu UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) dan Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) di sini. Beliau berkata alat pengesan yang mengambil masa 10 minit berbanding kaedah konvensional selama satu hari itu boleh digunakan di lokasi pendaratan, pengangkutan atau penjualan runcit ikan. Dr. Fatimah berkata penyelidikan yang dijalankan sejak tahun 2007 hingga tahun ini telah difailkan untuk paten dengan dibiayai oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Beliau dibantu oleh penyelidik Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM; Prof. Madya Dr. Nor Azah Yusof (UPM), Nur Indang Marzuki (UPM) dan Prof. Dr. Lee Yoke Heng (UKM). “Harga peralatan ini bergantung kepada pengilang yang mengeluarkannya tetapi purata harga satu kit biosensor ialah RM50 dan boleh digunakan selama 60 kali,” katanya yang berharap produknya akan menarik minat mana-mana syarikat untuk mengkomersialkannya. Formaldehid adalah bahan yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan nipis dan untuk tujuan pengawetan tisu spesimen di hospital. Selain penggunaannya boleh membuatkan ikan-ikan di pasar nampak segar dan tahan lama.
first_indexed 2025-11-15T07:31:24Z
format UPM News
id upm-7792
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T07:31:24Z
publishDate 2010
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-77922013-05-27T07:36:26Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7792/ UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 26 Ogos - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta alat pengesan teknologi biosensor menggunakan enzim bagi mengenalpasti bahan kimia formaldehid yang boleh diguna sebagai bahan pengawet mayat pada ikan di pasaran. Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar dari Institut Biosains UPM berkata teknologi itu merupakan kaedah pantas dan efektif mengesan bahan yang boleh menyebabkan risiko penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukemia jika termakan berlebihan. “Penggunaan bahan kimia ini ke atas ikan masih tiada keseragaman dari aspek kajian dan pengawasan. Dengan biosensor ini, kita dapat mengetahui penyalahgunaan bahan kimia ini yang disalahguna oleh pengusaha jualan ikan,” katanya pada sidang media Produk Baharu UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) dan Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) di sini. Beliau berkata alat pengesan yang mengambil masa 10 minit berbanding kaedah konvensional selama satu hari itu boleh digunakan di lokasi pendaratan, pengangkutan atau penjualan runcit ikan. Dr. Fatimah berkata penyelidikan yang dijalankan sejak tahun 2007 hingga tahun ini telah difailkan untuk paten dengan dibiayai oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Beliau dibantu oleh penyelidik Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM; Prof. Madya Dr. Nor Azah Yusof (UPM), Nur Indang Marzuki (UPM) dan Prof. Dr. Lee Yoke Heng (UKM). “Harga peralatan ini bergantung kepada pengilang yang mengeluarkannya tetapi purata harga satu kit biosensor ialah RM50 dan boleh digunakan selama 60 kali,” katanya yang berharap produknya akan menarik minat mana-mana syarikat untuk mengkomersialkannya. Formaldehid adalah bahan yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan nipis dan untuk tujuan pengawetan tisu spesimen di hospital. Selain penggunaannya boleh membuatkan ikan-ikan di pasar nampak segar dan tahan lama. 2010-08-26 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7792/1/UPM_Cipta_Alat_Kesan_Bahan_Awet_Mayat_Pada_Ikan.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan. [UPM News] http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201009072501031121721654168
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan
title UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan
title_full UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan
title_fullStr UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan
title_full_unstemmed UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan
title_short UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan
title_sort upm cipta alat kesan bahan awet mayat pada ikan
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7792/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7792/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7792/1/UPM_Cipta_Alat_Kesan_Bahan_Awet_Mayat_Pada_Ikan.pdf