Kelestarian program pembangunan organisasi dalam badan bukan kerajaan di Malaysia

Organisasi memerlukan program pembangunan organisasi untuk menambahbaik matlamat organisasi bagi meningkatkan keberkesanan sesebuah organisasi. Keberkesanan dalam sesebuah organsisasi ini akan menjadikan organisasi tersebut sebagai organisasi yang lebih berkualiti serta peningkatan produktiviti sum...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Che Mohd Shukree, Anis Suriany, Arshad, Mohd Mursyid, Ismail, Ismi Arif, Alias, Siti Noormi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76847/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76847/1/ICERP2019-20.pdf
Description
Summary:Organisasi memerlukan program pembangunan organisasi untuk menambahbaik matlamat organisasi bagi meningkatkan keberkesanan sesebuah organisasi. Keberkesanan dalam sesebuah organsisasi ini akan menjadikan organisasi tersebut sebagai organisasi yang lebih berkualiti serta peningkatan produktiviti sumber manusia yang tinggi dengan secara berterusan. Sehubungan itu, setiap organisasi perlu melalui program pembangunan organsasi yang akan menilai dari aspek sistem, struktur, proses dan strategi. Melalui program pembangunan organisasi ini akan meningkatkan kecemerlangan sumber manusia dalam organisasi tersebut menjadi lebih baik. Program pembangunan organisasi mempunyai kepentingan untuk membantu organisasi secara langsung dan tidak langsung untuk menilai kemampuan organisasi dan persekitaran serta menilai semula strategi, struktur dan proses dalam organisasi. Selain itu, program pembangunan organisasi mempunyai kepentingan dalam setiap organisasi kerana wujudnya perubahan terhadap persekitaran. Perubahan dalam pembangunan organisasi perlu dijalankan dengan lebih terancang bagi memastikan sumber manusia boleh beradaptasi dengan persekitaran. Oleh itu, dalam memastikan pembangunan organisasi yang konsisten, agen penggerak memainkan peranan penting untuk mengurus perubahan dengan baik bagi memastikan kelestarian organisasi dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan bahawa organisasi berdepan dengan permasalahan untuk mengekalkan terutamanya badan bukan kerajaan. Hal ini kerana, setiap badan bukan kerajaan mempunyai misi, strategi dan matlamat yang berbeza. Oleh itu, dalam mengekalkan kelestarian dalam sesebuah organisasi, Model Pembangunan Organisasi dari Mclean (2006) dijadikan panduan untuk melihat keseluruhan proses dalam organisasi tersebut. Artikel ini memberi fokus terhadap kajian lepas yang membincangkan mengenai kelestarian program pembangunan organisasi dalam badan bukan kerajaan. Hasil perbincangan bagi artikel ini dapat memberi sumbangan yang positif terhadap pembangunan organisasi dari aspek kelestarian organisasi dalam badan bukan kerajaan di Malaysia.