STEM dan kompetensi guru RBT
Meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industri pada era revolusi perindustrian ke-4 adalah usaha yang giat dijalankan oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan ekonomi dan pembangunan produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar kearah mencapai sebuah negara m...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76813/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76813/1/ICERP_2019-18.pdf |
| Summary: | Meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industri pada era revolusi perindustrian ke-4 adalah usaha yang giat dijalankan oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan ekonomi dan pembangunan produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar kearah mencapai sebuah negara maju. Revolusi perindustrian ini juga memberi kesan kepada sistem pendidikan yang mana turut diberi penekanan dalam bidang pendidikan menerusi pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kemahiran tinggi, kreatif dan inovatif. Transformasi pendidikan STEM diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memantapkan pendidikan STEM di peringkat sekolah untuk menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM pada masa akan datang. Namun, penambahbaikkan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan perlu di beri penekanan pada hari ini sesuai dengan pendidikan abad ke 21. Oleh itu, kertas konsep ini membincangkan kompetensi guru reka bentuk dan teknologi dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan pendidikan STEM dalam pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Kompetensi guru ini dapat meningkatkan pengaplikasiaan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam konteks kehidupan harian kepada murid untuk menjadi lebih kreatif, imaginatif dan mempunyai nilai estetik dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan kualiti guru lebih kompeten. |
|---|