Amalan pengurusan risiko kredit dan kepuasan pengurusan risiko dalam kalangan pekerja sektor awam

Perkembangan ekonomi yang kian pesat menyebabkan taraf hidup rakyat Malaysia telah meningkat, seiring dengannya berlaku risiko-risiko kredit yang boleh membawa kepada kemudaratan seperti kebankrapan. Jadi suatu kajian bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan terhadap pengurusan r...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Subramaniam, Kanmani, Abdul Rahim @ Abdul Wahab, Husniyah, Md Jusoh, Zuroni, Abu Bakar, Elistina, Sabri, Mohamad Fazli
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76741/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76741/1/MACFEA16-3.pdf
Description
Summary:Perkembangan ekonomi yang kian pesat menyebabkan taraf hidup rakyat Malaysia telah meningkat, seiring dengannya berlaku risiko-risiko kredit yang boleh membawa kepada kemudaratan seperti kebankrapan. Jadi suatu kajian bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan terhadap pengurusan risiko kewangan adalah diperlukan pada masa kini. Seramai 505 kakitangan awam telah dipilih secara kaedah persampelan rawak berlapis. Pekerja sektor awam telah ditanyakan beberapa soalan berdasarkan borang soal selidik yang dibentuk dan data dianalisis melalui perisian SPSS. Analisis deskriptif digunakan bagi melihat taburan pemboleh ubah-pemboleh ubah. Manakala analisis inferensi seperti ujian-t, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam amalan pengurusan risiko kredit (t = -2.519, p<0.05) dan kepuasan pengurusan risiko kewangan (t = -2.276, p<0.05) mengikut penglibatan dalam kursus pendidikan kewangan. Menerusi ujian Korelasi Pearson, didapati perkaitan antara amalan pengurusan risiko kredit dengan kepuasan pengurusan risiko kewangan mempunyai kekuatan korelasi yang lemah (r = 0.154, p<0.05). Manakala melalui ujian analisis Regresi Pelbagai, diperoleh pengaruh yang signifikan oleh faktor-faktor dalam Model Kepuasan Pengurusan Risiko Kewangan [F (4,500) = 25.373, p<0.05] seperti amalan pengurusan risiko kredit, nilai diri, kesedaran dalam pengurusan risiko dan masalah kewangan individu. Kajian ini memberi manfaat kepada pengguna, pengeluar dan kerajaan.