Persepsi sikap, kemahiran, dan kesediaan bakal guru terhadap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains pertanian

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara umumnya digunakan dalam pendidikan untuk menyokong amalan pedagogi tradisional yang sedia ada mahupun meningkatkan lebih banyak model pembelajaran yang berpusatkan konstruktivitis. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap persepsi bakal guru dari aspek...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rosli, Nur Amalina, Mohd Puad, Mohd Hazwan, Jailani, Othman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76667/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76667/1/GREDUC2019-10.pdf
Description
Summary:Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara umumnya digunakan dalam pendidikan untuk menyokong amalan pedagogi tradisional yang sedia ada mahupun meningkatkan lebih banyak model pembelajaran yang berpusatkan konstruktivitis. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap persepsi bakal guru dari aspek sikap, tahap kemahiran dan tahap kesediaan dalam subjek Pendidikan Sains Pertanian. Seramai 72 orang bakal guru Sains Pertanian daripada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia terlibat di dalam kaji selidik ini. Kaedah soal selidik telah digunakan di dalam kajian ini. Perisian IBM SPSS Statistics digunakan untuk menganalisis data dan diterjemahkan dalam frekuensi, min, sisihan piawai dan peratusan serta Korelasi Pearson untuk mengkaji hubungan persepsi sikap bakap guru Sains Pertanian terhadap ICT dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan Sains Pertanian. Nilai Alpha Cronbach kajian rintis ialah 0.97. Hasil dapatan mendapati bahawa tahap kompetensi bakal guru Sains Pertanian terhadap penggunaan komputer dan ICT masih berada pada tahap sederhana (M=3.40). Cadangan untuk mengatasi permasalahan tersebut juga dikemukakan.